Tuesday, June 7, 2011

LUAHAN HATI SEORANG WANITA (e-mel kepada bekas kekasih)


ASSALAMUALAIKUM……….
ini merupakan e-mel pertama yang saya hantar kat awak. Tak tau la kenapa tapi fikiran saya sekarang ni sangat berbelah bahagi…apa yang awk istilahkan dengan ‘couple’..saya pun x faham..tapi sebenarnya saya nk ceritakan ape yang saya rasa pada hari ni..nak msj pun terlampau panjang mungkin..kalau saya nk call awak pun mmg susah sangat..x taw la ape yg awk sibuk sgt skrang.yep,mungkin kerja…..tapi xkanlah setiap hari kerja…mesti ade hari cuti…tapi,entahlah…..saya dah malas nak fikir….

mula2 saya kenal awk memang betul…sy xde perasaan kat awak…mungkin sebab awak lagi muda dari saya,dan saya sebelum ni xpernah terfikir pun nak mempunyai hbgan dengan lelaki yang lebih muda….. mungkin lelaki yang lebih matang perlu untuk seorang wanita…tapi perasaan saya kat awak lama2 berubah.. kita start couple….awak mungkin langsung x ingat tarikh ni…masa tu saya call awak sebab dapat brthday bonus….saya rasa birthday saya bila pun awk x ingat kan????????huh!!tapi sy masih ingat….masa tu memang saya terasa sangat sayang kat awak…mungkin sebab awak ni ‘caring’ san suka ambil berat…masa tu awak memang buat saya happy…

kalau awak nak tahu awk la first guy yang saya pernah date…itulah hakikatnya…sebelum ni saya langsung tak memandang serius pasal hubungan dengan lelaki lain…saje2 mesej macam tu je….tapi dengan awak lain…saya pun xtahu kenapa….kadang2 bila awak langsung x hubungi saya,mesej saya dalam masa sehari saya terasa amat kehilangan,bosan,dan macam2 perasan lagi…even sy pernah menangis kalu awk skitkan hati saya…orang cakap,bila dah jatuh cinta macam tu la….saya jatuh cinta dengan awak??????memang bodoh saya kan…kenapa saya jatuh cinta kat awak…sedangkan saya rasa awak xde pun perasaan kat saya….

Tapi lama kelamaan,hubungan kita macam sangat renggang….kadang2 dalam seminggu awak langsung tak hubungi saya….awak dah mula pandai nak marah2,naik angin tak tentu pasal….arh!!!!!tapi saya masih sabar dengan perangai awak…mungkin betul ape yang orang cakap…penangan cinta mengatasi segalanya….ah,persetankan itu semua….awak pun dah mula nak mintak duit dengan saya,cakap yang awak kene saman la…nk byr itu,ini…mntak kredit….saya x kisah itu semua…walhal,saya bukannya banyak duit…saya masih belajar…tggal kat sini mmg guna bnyk duit..nak beli buku,makan…..bukan nak mengungkit,tapi itulah kenyataanya…disebabkan sayang,ape pun saya sanggup…..

Tapi perangai awak semakin lama semakin berubah….mungkin itulah perangai awak yang sebenar,tapi saya je yang baru tahu…masa mesej dulu awak langsung tak menunjukkan prangai awak yg sebenar..tapi bila saya dah bnyak kali sabar dan ikut je karenah awak,awak  makin menjadi2…makin naik kepala…suka2 hati awak je..kalau awk rase awk xde mood,suka2 hati awk je lyn sy camtu…..saya amat terasa hati bila awak langsung x balas kalau saya masej…tp alasan awak,xde kredit…fine!!!!!sy blh terima…tpi bila sy call pon awk xnk angkat dan lebih tragis bila awk ltak….yg tu mmg nampak sangat….huh,menunjukkan yang saya yg terhegeh2 cari awk…tp awk lgsung x hiraukn…owh….mesti awk gelak2 dan banga dpt buat mcm tu….

Tapi saya pun xtaw knapa,skejp je rasa mrah saya blh hilang….satu lg perkara yang sy nk cakap kat awk pasal perangai awk…dulu masa chat@mesej sy x rasa pun awk ni jnis mcm ni….tapi lame2 saya lyan gak perangai awk….walaupun saya mmg x suka….disebabkan syg kat awk jgak sy bg awk pegang sy….mula2 awak pegang tangan je,pastu senyum2 duduk dekat2…peluk bahu sikit2..aduh,bila saya mengelak awak bisikkan kata-kata cinta,romantic…awww..memang betul kata orang,bila lelaki dan pempuan yang mahram berdua-duaan,akan adalah pihak ketiga…mula2 ringan-ringan,saya xtaw la apa akan jadi kalau saya terus hanyut dengan cinta mainan awak
saya memang tak suka,tapi bila fikiran syaitan datang menghasut,saya dah lama xjumpa awak,saya sayang awak,saya rindu awak…u are mine,I’ll marry u and u will be my future husband…apa salahnya kan…huh!!!xpenah trfikir nk buat mksiat mcm tue…tp awak mkin menjadi2 pulak lps tu….awk mntak mcm2….sy memang xleh trima…perangai awk yang sebenar terserlah…menyesal sy dengan kejadian tue….saya xkan biarkan benda yg sama berulang2….masa berdua-duaan dengan awak,saya rasa happy sgt,saya rasa dunia ni saya punya,awak buat saya rasa bahagia,tapi bila balik saya rasa berdosa sangat,saya rasa saya bodoh biarkan semua tu berlaku..saya menyesal..hanya dengan muka awak,kata2 manis awak,saya hanyut…

 Betul jugak kata awak yg kehidpan kita jauh berbeza….sy xckp pun yang psal masa dpn…bnda tu smua kte xleh ramalkn….tp psal khidupan seharian awk……kalau awk berani mntk ngan sy macam2,sy xheran kalau awk buat mcm tu dgn pempuan lain….sy xcakap sy ni baik sgt,saya pun bknlah smpurna… …tp ape yg sy nk ckp kt awk,sy bkanlah srng yg jenis awk senang2 nk buat ikut ape yang awk nk….saya masih ade prinsip hidup…saya bukan barang mainan,perempuan murahan yang awak boleh buat ikut suka hati awak..

Saya bukanlah sesiapa untk menilai org lain….sedangkan diri ini pun tk sempurna….Cuma sy nak nasihatkn awk ckuplah awk buat mksiat…walaupon awk ckap yg ringan2 je….tapi hukum ttap hukum....saya harap awak blh berubah….kalau awk betul2 cintakan srg pempuan tu,awk jganlah sentuh dia….cinta sejati lahir dari hati….bukan dengan layan nafsu awak yang entah ape2 tue….sy harap awk faham mksud saya…dan anggaplah nsihat ini dari seorang kawan /kakak yang syangkan masa depan awak…

Oklah….saya rasa tu jer yang saya nak tulis….saya dah luahkan ape yang saya rasa….saya nk minta maaf kalau sepanjang perknalan kita saya ade sakitkan hati awak….dan sekiranya e-mel ni mengundang rasa xpuas hati atau marah,sy pun nk minta maaf….honestly,saya gmbira knal ngan awk……thanx coz awk prnah wat sy rasa happy walaupun sekejap….mungkin kte mmg dah ditakdirkan untuk tdk bersama…..tapi sebetulnya sy nk bgitau yang awaklah cinta pertama sy dan sememangnya sukar utk melupakan cinta pertama….dulu mmg betul2 sy fkir sy serius dengan awk…..tp mcm yg sy cakap kita xde jdoh…..saya xboleh terima cara hidup awak,kita amat berbeza…macm yg awk ckap jgak,kita buat cara hdp masing2 dan berpisah…..mgkin itu yng terbaik….daripada sy memikirkan pasal hubungan kita sampaikan saya xdapt nk fokus belajar…..
Lepas ni awk xpyah la cari sy lagi….lastly,I’m happy to know u…….
Bye….assalamualaikum….


-luahan hati sebenar...(identiti dirahsiakan)
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, June 2, 2011

Kesalahan menutup aurat wanita muslimah...bolehkah bergaya walaupun menutup aurat dengan sempurna??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...sudah sekian lama tak update dan berkongsi ilmu disini..kali ni nak bercakap pasal aurat, biasalah kita kaum wanita kadang-kadang terlupa dan tidak sedar sebenarnya kita tidak menutup aurat kita dengan sempurna...

antara perkara yang kita biasa tengok pada zaman kini ialah...


  1. Bertudung tetapi berbaju berlengan pendek.
  2. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan yang 'menggoda'.
  3. Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah.
  4. Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul dan hujung rambutnya.
  5. Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher (berselepang), maka terdedahlah bahagian depannya dari ditutupi kain tudung.
  6. Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh terlihat sanggul, leher dan dadanya.
  7. Bertudung tetapi hanya memakai di tempat-tempat tertentu sahaja.
  8. Bertudung tetapi apabila menaiki motor menampakkan betis di sepanjang perjalanan.
  9. Bertudung dengan sempurna penutupannya tetapi memanja-manjakan suara ketika berinteraksi dengan lelaki.Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup rambut sahaja.

Adakah kita salah seorang yang tergolong dalam 9 list di atas??tepuk dada, muhasabah diri..
 "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim)"

Firman ALLAH bermaksud: 

Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (An-Nur: 31)

sila klik gambar untuk paparan lebih jelas


Berdasarkan gambar-gambar di atas dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian besar dari wanita yang menutup aurat sebenarnya belum betul-betul menutup aurat dengan sempurna..ini untuk yang bertudunglah, yang tidak bertudung tu aptah lagi..semakin bertambah-tambahlah jawabnya...

mungkin ada sesetengah antara kita berasa kekok kerana mungkin dah terbiasa pakai tudung tapi berbaju lengan pendak..namun cubalah untuk menutup aurat kita sebaik mungkin..insyallah lama kelamaan pasti kita akan terbiasa dan dalam masa yang sama kita boleh menjadi suri teladan kepada rakan-rakan kita...mungkin rakan-rakan kita akan turut sama menutup aurat dengan sempurna..

siapa kata bertudung dan menutup aurat dengan sempurna tidak bergaya dan tidak cantik??itu semua hanyalah pemikiran kolot dan tidak matang, cuba kita lihat wanita yang bertutup aurat dengan sempurna sudah pasti akan terjaga maruahnya...kebanyakan wanita bertudung yang tetap bermasalah sosial itu adalah mereka yang masih tidak menutup auratnya dengan sempurna..

Antara artis yang boleh dijadikan contoh ialah heliza helmi, beliau memakai tudung yang labuh menutupi dada dan pakaianya pula sedap mata memandang, masih cantik dan bergaya bukan??




gambar: ihsan google


Tak susah kan nak menutup aurat dengan sempurna..di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cuba tetapkan dalam diri kita yang kita ingin menutup aurat dengan sempurna ingin berubah..insyallah semuanya akan jadi mudah...wallahua'alam, renung-renungkan dan selamat beramal 

P/S: Dakwah adalah kewajipan, oleh itu apa kita kita sama-sama kongsi post dengan kawan-kawan sebagai peringatan  semoga usaha kita yang kecil ini akan mendapat balasan...insyallah =D



sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!