Monday, February 21, 2011

sedarkanlah aku...

pagi tadi test math...damn!!!simple facts pun lupa dan soalan itu berangkai..jika tak dapat jawab a,maka b dan seterusnya pun tidakk..alamak!!mati saya!!!maafkanlah aku andainya aku terlalai dan terleka,kekadang aku sebagai manusia ini sering lalai,ada test tapi tak study..memang tak dapat score..ok itu pengajaran hari ni
 ;((

aku join sahabat blogger semalam,baca sini  dan bila balik,penat..langsung tak sentuh buku..esoknya pergi kelas jawab je dengan langsung tak study n revise..pelajar apakah ini??teruk betull!!ok dah insaf :( tak dapat aktiv lagi dekat sahabat blogger mulai hari ni,begitu juga dengan blog,tak dapat nak update tetiap hari..mungkin aku akan rindu,tapi aku kena sabar..lepas exam boleh aktiv balik...huhuhu~


mak call cakap"amacam??dah ready nak trial??"
jangan kuar memana,belajar je...tak payah enjoy sangat!!
buat kerja,latihan dan ulangkaji...pastikan trial ni dapat score,smua A..
"INSYAALLAH"(dlm hati...alamak...alamak..)

mak mintak maaf, lepas ni dah tak lagha lagi..nak belajar..ok dah,bio report tengah menunggu untuk ditaip,tutorial chem tunggu untuk dibaca,latihan bio siap untuk dijawab dan kalkulator dah sedia untuk ditekan..kembali ke meja balajar sekarang,itulah lumrah sebagai pelajar~adios......

p/s:trial exam a-level minggu depan....harap maklum!!!doakan sahabatmu ini


suka??bolehla 'LIKE' =D

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Tuesday, February 15, 2011

selamat menyambut maulidur rasul -happy birthday-

hari ni 14 februari,kalau ikut masyarakat barat ialah hari kekasih..hari untuk mereka bermesra-mesra dengan kekasih bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan,mulalah bilik-bilik hotel dipenuhi pasangan yang tiada sebarang hubungan sah,kondom dilempar merata-rata..namun kejadian sebegini turut berlaku di malaysia dan umat islam juga turut ada yang terjebak sama..wallahua'alam...

cuba duduk sejenak dan muhasabah diri sendiri ,hari ini merupakan hari maulidur rasul..hari kelahiran nabi muhammad s.a.w...tadi bila sahaja mendegar ceramah sempena maulidur rasul,hati kecilku ini sangat tersentuh dengan kata-kata ustaz...meskipun ada unsur-unsur lawak untuk menceriakan keadaan namun pengisiannya amat menyentuh hatiku yang merupakan seorang yang berjiwa agak sensitif..


mendengar kisah nabi yang begitu menyentuh perasaan tatkala baginda ingin menghembuskan nafas terakhir membuatkan diriku berfikir sejenak...layakkah aku bergelar umatnya??kadangkala sedang berseronok bergembira lupa bahawa baginda merupakan orang yang sepatutnya paling disayangi, pemergiannya sepatutnya dikenang...seolah-olah orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan dunia ini..

begitu juga dengan kisah nabi  yang begitu komitmen dan bertanggungjawab di penghujung usianya...sanggup merangkak semata-mata untuk ke masjid walaupun baginda sedang sakit tenat akibat racun..terasa diri ini begitu kerdil dan lemah kalau hendak dibandingkan dengan baginda..subhanallah...begitu juga dengan umat islam yang begitu kuat mempertahankan agama walaupun dicerca,dihina serta disiksa...

insyallah,istiqamah dalam kehidupan dan muhasabah diri sendiri..pasti jawapannya akan ditemui =D semoga aku akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat keredhaan-Nya..

sedikit perkongsian dari insan yang lemah (^__^)
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, February 3, 2011

menghitung hari (0..0)

25 hari lagi nak trial..
dan aku masih banyak lagi kena study..
banyak sangat lagi kena cover silibus...
sedar dari sekarang...
jaa wake up!!!

u have to prove to urself that u can do better!!
U DESERVE TO GET BETTER!!
although my previous results was really lousy,
i know it's all my fault and i'm ready to change!!

100 days more to a-level exam..
i just downloaded the time table from edexel just now!
it's freaking me out!!

OMG..ya allah ya tuhanku..
berikanlah aku ketajaman daya ingatan..
minda yang segar dan mudah menghafal..
tidak gopoh dan cuai..
menjawab mengikut soalan dan
mendapat markah semaksimum yang boleh :)

YA ALLAH YA TUHANKU...
bantulah hambamu ini...
sesungguhnya aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh..

it's my future....
i just wanna see my parents happy and proud of me...
i can't stand to see them sad and regret because of me..
i can't imagine what others/outsiders who know nothing will think about me
they just judge people without knowing the facts,the detailed info..
only me and my friends know what we had to face..


 i'll never,never and ever give up
because  i know that i can do it...
i just wanna pass the minimum requirement
yet really2 wanna get highest mark..
ALL A STAR..

AMIIN..
perkenankanlah permintaanku ini..
tulus ikhlas dari hati..
berikanlah kejayaan kepada penulis blog ini
(harap korang semua baca dan aminkan xD)

nak belajar dulu,daaa

p/s: doakan saye...ramai-ramai orang baca lagi bagus,dalam fikiran saya sekrang ingat kat exam je..gundah gulana rasanya..


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Monday, January 24, 2011

seperti roda...kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah..

Begitulah hakikat hidup,tiada apa yang sempurna...kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang namun hanya Allah yang menentukan....ya,semua orang mahukan kesempurnaan,kecantikan,kejayaan,kesihatan dan kekayaan..namun tidak semua orang dapat mengecapinya...tidak semua orang mampu memilikinya..

Sememangnya orang boleh cakap apa sahaja,namun hanya kita yang tahu hakikat keadaan sebenar...orang boleh muntahkan kata-kata fitnah dan dusta terhadap kita namun hanya kita sahaja yang tahu,kita telah berusaha namun masih tidak berjaya,ingatlah pasti ada hikmah disebaliknya..anggaplah itu semua dugaan dunia semata-mata... ingatlah,hidup di dunia hanya sekali dan apa sahaja yang dikecapi di dunia adalah pinjaman dari yang maha pencipta :D

Siapa yang tak nak berjaya,dapat kehidupan yang mewah,kereta besar,bergaji besar...namun apakah semua orang berusaha mendapatkannya??tahukah anda walaupun perompak berjaya mencuri duit beribu-ribu,bijak melaksanakan rancangan untuk pecah masuk rumah dan sebagainya..mereka masih lagi tidak kaya-raya..bahkan,empunya kedai emas yang baru sahaja hartanya dirompak berjaya meluaskan empayar,membuka cawangan yang baru dan memiliki perniagaan yang lebih besar setelah dirompak berjuta-juta ringgit..ini semua bersangkut paut dengan keberkatan,adakah barang rompakan itu halal??apakah akibatnya memberi makan anak bini dengan wang rompak?wang haram??fikir-fikirkanlah...

Mungkin hari ini kita seorang yang disegani,ramai kawan dan dikenali..namun apakah suatu hari nanti kita masih berada di takuk yang lama??semua itu masih belum pasti..kita mungkin ditakdirkan jatuh bagkrap secara tiba-tiba,rakan-rakan mula menjauhkan diri,ditimpa penyakit yang tidak akan sembuh dan sebagainya..apakah kita pernah terfikir akan semua itu??

Walaupun keputusan peperiksaan UPSR,PMR  dan SPM kitalah juara,dapat semua A..dipuji-puji,disegani guru,rakan-rakan dan keluarga...dapat anugerah sampai tak menang tangan dan ibu bapa kita tersangatlah gembira dengan semua itu..namun apakah kita akan dapat kecapi lagi kejayaan tersebut dalam peperiksaan lain?peperiksaan semester misalnya ataupun dalam bidang pekerjaan..muhasabahlah diri sendiri..

seperti dalam post yang lepas,jaa ada cakap jangan salahkan takdir,begitu juga di sini..masih ayat yang sama..kpd yang berkenaan:walaupun kita gagal pada kali ni,tak semestinya kita akan gagal untuk selama-lamanya...ini hanyalah titik permulaan,jangan bersedih dan terus maju kehadapan...ijazah kedoktoran pasti akan dapat digenggam suatu hari nanti dan belajar di mana-mana pun sama sahaja..apa yang penting,jangan berputus asa,teruskan berdiri dan melangkah ke hadapan..usah toleh ke belakang,ke masa silam..biarkan ia terkubur bersama-sama kenangan..bawak pengalaman itu dan lebih bersungguh-sungguh pada masa hadapan...

"moga kita sama-sama jadi doktor suatu hari nanti"insyaalah :D

sepotong doa :-

"Ya Allah,andai kegagalanku boleh membawa fitnah kepada agamamu,cemerlangkanlah aku dalam semua perkara, namun seandainya kejayaan akan membawaku lalai dan jauh dari agama-Mu, maka engkaulah yang berhak menentukan segalanya kerana aku mengimani apa yang engkau takdirkan kepadaku dan aku yakin pasti ada hikmah yang tidak tersingkap nilainya...amiiin"


p/s: doakan saya berjaya dalam peperiksaan A-level yang akan tiba tidak lama lagi...sayang awak semua xD

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!