berhijrah tidak semestinya berpindah tempat tinggal,tempat kerja atau belajar,tapi berhijrah jiwa dari jahat ke baik..dari kemaksiatan,kejahatan dan kemungkaran ke arah kebaikan dan kebahagiaan..owh,sejuk perut ibu mengandung mendengarnya..kita seringkali alpa dan leka dengan duniawi yang penuh dengan hiburan di sana sini..namun adakah hanya itu yang anda mahukan??tepuk dada,tanya selera(bukan selera nasi lemak ke,nasi ayam ke..hehehhee)
kemantapan jiwa??hal ini amat susah untuk dicapai..berbuat baik juga perlu kepada istiqamah..janganlah hari ni berbuat baik namun keesokan harinya berubah kepada perangai asal..itu namanya tidak istiqamah tetapi main-main,hangat-hangat tahi ayam sahaja...berubahlah mengikut kata hati dan akal fikiran,jangan menurut nafsu...
sebagai contoh,kalau nak pakai tudung tu,biarlah istiqamah jangan on-off sahaja,pakai ikut kawan dan fesyen,bila fesyen dah lapuk,kawan pun tiada tudung pun terbang melayang-layang bersama-sama dibawa angin sepoi-sepoi bahasa...beristiqamah dan yakin dengan perubahan yang ingin anda lakukan..
kalau dulu suka bangun lambat,tidur lepas subuh kalau hari minggu...cuba-cubalah berubah untuk bangun awal..pergi bersenam,jogging ke,jalan-jalan rehatkan minda...ada la jugak keluar peluh daripada tidur je atas katil dan membuta...sekurang-kurangnya ada la jugak peluh yang keluar dalam seminggu...ini pergi kerja naik kereta,pastu naik lif dan kerja di tempat berhawa dingin..memang la tak keluar peluh..macamana nak amalkan gaya hidup sihat ni???
banyak lagi la perkara yang boleh kita berubah kan..kalau dulu asyik suka membebel cari salah orang cuba tanya diri sendiri..sempurna sangatkah diri aku ni??layakkah aku nak menyalahkan orang lain dan melemparkan kesalahan ke atas bahu orang lain sedangkan diri sendiri pun masih tidak sempurna??masih terkapai-kapai mencari identiti sendiri....perlukah aku mengetawakan mereka yang kurang sempurna??dilahirkan dengan cacat,tidak cukup anggota,banyak jerawat dan macam-macam lagi..
cuba ambil cermin,tilik diri sendiri,adakah aku cukup sempurna??mungkin ada yang tahu mereka handsome,cantik,cun mengalahkan artis...ramai gadis-gadis atau jejaka-jejaka tergila-gilakan mereka,namun layakkah mereka mengutuk dan menghina orang lain?tahukah anda kecantikan itu akan pudar dan tidak akan kekal selamanya?mungkin hari ni anda cantik,30 tahun lagi??adakah masih kelihatan seperti anak dara yang dulunya digilai ramai??
bila-bila masa sahaja ALLAH boleh menarik kecantikan yang ada pada diri kita..mungkin pada saat ini juga kita akan menghembuskan nafas yang terakhir..siapa tau??atau mungkin kita akan mengalami kemalangan yang menyebabkan habis muka kita turut rosak atau mungkin lebih teruk mengalami masalah gangguan mental,tidak dapat mengigat dan mengenal diri sendiri..sanggupkah anda???fikir-fikirkahlah..
bersama-samalah kita berubah ke arah kemaslahatan untuk menjamin masyarakat yang lebih cemerlang dunia dan akhirat..peringatan ini untuk rakan-rakan dan diri sendiri..selamat beramal,walllahua'lam...
sila like,picit je =D
0 kata-kata semangat:
Post a Comment