hari ni 14 februari,kalau ikut masyarakat barat ialah hari kekasih..hari untuk mereka bermesra-mesra dengan kekasih bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan,mulalah bilik-bilik hotel dipenuhi pasangan yang tiada sebarang hubungan sah,kondom dilempar merata-rata..namun kejadian sebegini turut berlaku di malaysia dan umat islam juga turut ada yang terjebak sama..wallahua'alam...
cuba duduk sejenak dan muhasabah diri sendiri ,hari ini merupakan hari maulidur rasul..hari kelahiran nabi muhammad s.a.w...tadi bila sahaja mendegar ceramah sempena maulidur rasul,hati kecilku ini sangat tersentuh dengan kata-kata ustaz...meskipun ada unsur-unsur lawak untuk menceriakan keadaan namun pengisiannya amat menyentuh hatiku yang merupakan seorang yang berjiwa agak sensitif..
mendengar kisah nabi yang begitu menyentuh perasaan tatkala baginda ingin menghembuskan nafas terakhir membuatkan diriku berfikir sejenak...layakkah aku bergelar umatnya??kadangkala sedang berseronok bergembira lupa bahawa baginda merupakan orang yang sepatutnya paling disayangi, pemergiannya sepatutnya dikenang...seolah-olah orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan dunia ini..
begitu juga dengan kisah nabi yang begitu komitmen dan bertanggungjawab di penghujung usianya...sanggup merangkak semata-mata untuk ke masjid walaupun baginda sedang sakit tenat akibat racun..terasa diri ini begitu kerdil dan lemah kalau hendak dibandingkan dengan baginda..subhanallah...begitu juga dengan umat islam yang begitu kuat mempertahankan agama walaupun dicerca,dihina serta disiksa...
insyallah,istiqamah dalam kehidupan dan muhasabah diri sendiri..pasti jawapannya akan ditemui =D semoga aku akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat keredhaan-Nya..
sedikit perkongsian dari insan yang lemah (^__^)
sila like,picit je =D
6 kata-kata semangat:
good entry.. nie lah hari kekasih yg sebenar.. kasih kepada rasul :)
betul tu kan...kasih kepada Allah dan rasul :)thanks~
nice post...mmg kite patot muhasabah diri....tp tu lah..arus permodenan la konon...maju lah sangat...agama tunggang langgang...
kn3...same2 lah kita muhasabah diri
@noname-kan3..setuju ngan awak :)
muhasabah diri :)btw,thanks~
entry yg bagus.. jom kite berselawat.. bkn time maulidur rasul je kena selawat.. kalau boleh setiap hari.. btul x?=D
Jom Kira BMI
@popolita
thanks..betul tu!!really agree!
Post a Comment