setelah membaca beberapa entry berkaitan dengan kewujudan page pengumpul gambar awek bertudung di facebook, saya berasa terpanggil untuk menulis entry pendek berkaitan isu ini...saya telah melihat beberapa gambar dalam page tersebut di mana admin-admin telah mengambil gambar awek bertudung sesuka hati tanpa kebenaran tuannya dan diletakkan di situ..sila tengok basic info di bawah :-
cuba baca biografi tersebut...
"lu orang perempuan..jangan salahkan kami...sebab lu tayang gambar merata-rata..kami kumpul je"
kebanyakan gambar yang dikumpul adalah gambar perempuan bertudung yang tidak menutup aurat mereka dengan sempurna,bertudung tapi berlengan pendek,baju ketat dan tudung singkat...namun begitu ada juga gambar-gambar perempuan islam dengan gaya bibir seksi,gaya menggoda dan banyaklah...nauzubillah!!sudah pasti tuan punya gambar itu akan malu bila gambar mereka diambil dan ditayang-tayang dekat page tersebut..
buat apa korang nak kumpul gambar awek bertudung??sebab nak buka aib mereka??sebab korang boleh kutuk-kutuk tuan gambar dan ajak kawan-kawan korang untuk turut sama bergelak ketawa dan komen-komen gambar tersebut??cakap nak nasihat, tapi komen-komen yang ditulis sungguh memalukan dan mengaibkan..
sebagai perempuan bertudung, saya sangat malu bila ada pihak yang memang sengaja nak mengaibkan dan mempersendakan wanita bertudung..kalau cik abang rasa nak tegur, apa kata pergi e-mel dia atau bagi mesej dan nasihat secara baik,slow talk...kalau dia tak berubah teruskan lagi sehinggalah pintu hatinya terbuka untuk berubah...ini bukan nak nasihat, tapi memalukan saudara se-islam sendiri...
cuba muhasabah diri sendiri dulu..sempurnakah diri aku??kalau rasa masih belum cukup sempurna apa kata kita sempurnakan diri sendiri dahulu...ini hanyalah pandangan dan pendapat saya sendiri sebagai kaum hawa yang lemah dan selalu teraniaya (sila baca kisah ini), saya juga belum cukup sempurna dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat sebaiknya....sebagai lelaki sejati,janganlah anda merendahkan martabat kaum wanita
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dkt dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi
ini adalah post sebagai sokongan saya terhadap entry woot-woot :
mengaibkan wanita islam,kau ingat kau cool ? heh
mengaibkan wanita islam,kau ingat kau cool ? heh
dan sila baca entry ini dari tok esah:
thanks for the best entry ;)
p/s: rakan-rakanku perempuanku,jagalah auratmu dengan tidak upload gambar-gambar yang boleh mengundang fitnah dan yang tidak bertutup sempurna..pesanan kepada diri sendiri jugak..seindah hiasan adalah wanita solehah..insyallah ^^
sila sebarkan kepada rakan-rakan dengan hanya menekan butang like,thanks a lot!!
sila like,picit je =D
5 kata-kata semangat:
bagus jaa!! teruskan dakwah!! hehe
orang yang menutup aurat, insyaAllah susah nak mengundang fitnah.
(^__^)
Sokong Nobita Sensei
psikonye lelaki tu..
Islam telah mengariskan panduan untuk menutup aurat dengan betul.Jadi janganla kita memperlekehkannya...ikut apa yang telah ditetapkan...jangan ikut style semata-mata...style tak bawa ke syurga... mati pun dari dulu sampai sekarang pakai kain kapan warna putih jer... bukan ada warna atau cara lain... tak gitu?
Post a Comment