blog pilihan mutiara ialah..jeng..jeng..jeng...
1)Apik bakpo gitu
apik ni student ump dan suka cerita pasal kehidupan seharian dia,simple tapi menarik..suka baca cerita dalam blog bakpo gitu ni terutama dengan gambar orang lidi yang dilukisnya...sungguh kreatif..blog hitam kuning ni cantik,kemas dan tersusun...memang patut popular=D
2)Tok esah
blog tok esah ni bakal tukar kepada hosting sendiri..tok esah banyak tulis pasal isu-isu semasa dan yang paling best bila baca cerita tok esah...serius, tok esah pandai mengarang cerita yang boleh bawak orang masuk dalam dunia ceritanya terutama bila dia cerita pasal neneknya yakni bernama tok esah..
3)Ardini humaira
blog ardini ni pun suka jugak dan menjadi blog pilihan sebab kak dini banyak tulis pasal isu semasa yang berlaku..kadang-kadang tak baca paper tapi dapat tahu dulu dari blog ni..bagus-bagus,umpama blog berita dah dan banyak juga pasal kehidupan sehariannya dan juga gosip artis..hehe
4)Blog nizam
blog ini turut menjadi pilihan sebab isinya penuh bermanfaat..kadang-kadang entrynya pendek sahaja namun banyak maksud mendalam yang boleh membawa kita muhasabah diri sendiri..nizam juga banyak tulis pasal motivasi dan islamic thinking..bagus kan sebab tu dia jadi editor Iluv islam...=D
5)jaa's story
blog ni banyak kisah pasal kehidupan sehariannya namun ada juga isu-isu semasa yang dikupas dan diceritakan...tuan blog ini suka bergambar dan suka bagi pendapat berdasarkan apa yang dia betul-betul rasa dan fikir namun sensitiviti perlulah dijaga...menulis dan menjadi diri sendiri,tidak hipokrit pertama yang penting dalam penulisan blog, bukanlah dibuat-buat ..sesuai dengan tagline 'just be yourself' tak payah nak tiru orang itu orang ini..jadilah diri sendiri^^
bagi saya populariti sesebuah blog penting kerana apa gunanya kita tulis cerita yang best, isi menarik penuh manfaat dan cerita yang boleh memberi nasihat dan pengajaran namun tiada sesiapa membacanya..sayang kan??namun begitu janganlah harapkan popular sahaja, content cerita dan gaya penulisan mestilah sebaris dengan populariti...
jom jenguk dan popularkan kelima-lima blog ini!!!yeay!!
sila like,picit je =D

