Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

ya allah berikanlah aku kecemerlangan

kecemerlangan merupakan satu benda yang subjektif sama ada cemerlang dari segi akademik,sahsiah,agama dan sebagainya...

ya allah ya tuhanku...seandainya kegagalanku membawa fitnah kepada agama dan perjuanganku,maka cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara dan perbuatan yang aku lakukan...namun seandainya kecemerlangan membawa aku jauh dari islam maka engkaulah yang berhak menetukannya kerana aku mengimani apa yang engkau tentukan tiadalah sia-sia melainkah hikmah yang belum bersinar nilainya...

aku akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh namun aku tidak akan pernah mengeluh dan menyalahkan engkau jika aku gagal dan menerima semua ini sebagai ibtila' dan pasti akan ada sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang...sekiranya aku gagal pada hari ini tidak bermakna aku akan gagal buat selama-lamanya kerana hidup ini ibarat roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah...ingat-ingatlah...
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Friday, February 25, 2011

trial exam next week~

assalamualaikum semua   ^.^

nak kongsi dengan korang semua,minggu depan saya ada exam yang agak besar,trial exam a-level..full sets of paper macam final jugak..fuuhhh!!!


nampak tak??heeeeeee,cuak neh..sepanjang tarikh tersebut saya mungkin tak update blog,bersawang la kejap..huhuhuhuhu,kawan-kawan doakan saya okeyy (^__^) saya nak 'share' beberapa doa untuk tatapan semua~

baca doa ni dulu sebelum ulangkaji pelajaran =D
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



doa mohon kejayaan cemerlang =D
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


semoga saya dapat menjawab soalan dengan baik,tidak cuai,kelam kabut dan menjawab soalan mengikut kehendak,bukan main hentam kromo sahaja :)

doakan kejayaan saya ye kawan-kawan...
sayang anda ketat-ketat,much luve!!

minta maaf kalau selama saya menulis,berbicara tau apa-apa perbuatan saya ada menyakitkan hati anda...saya minta maaf banyak-banyak..saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..bak kata saya i'm perfectly imperfect (~.~)

p/s:doa ni saya copy dari sini

suka??bolehla 'LIKE' =D


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Saturday, January 8, 2011

usaha,doa dan tawakal..insyallah..

assalamualaikum...mulakan setiap kerja dengan bismillah dan sudahinya dengan alhamdulillah...tiada manusia ciptaan ALLAH di muka bumi ini yang sempurna,pasti ada cacat cela dan kekurangan di mana-mana..mungkin kita nampak kulit rambutan itu cantik,merah menyala namun tidak semestinya isinya sedap,manis..bak kata orang putih"don't judge a book by it's cover"begitu juga dengan manusia..

kenapa kita perlu menilai seseorang??ingatlah bahawa setiap hamba itu sama sahaja di sisi-nya apa yang membezakan kita adalah iman dan takwa...jangan nampak seorang yang bermuka masam dan tidak senyum itu sombong,mungkin dia ada sebab atau masalah yang tersendiri..wallahualam..

hmmmm,mungkin keputusan exam lepas amat tidak memberangsangkan,jatuh mendadak sampai ke kerak bumi..tidak mengapa,ingatlah bahawa gagal sekali tidak bererti gagal buat selama-lamanya...kuatkanlah semangat dan keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih lagi...usaha taw,jangan tak berusaha dan mengharapkan kejayaan semata-mata..

usahalah bersungguh-sungguh..biar orang cakap apa pun kat kita,kita buat endah tak endah sahaja...lepas usaha buat solat hajat,doa banyak-banyak,minta restu mak ayah,minta maaf dengan sesiapa sahaja yang kita pernah gaduh,berdendam...moga-moga mereka semua maafkan kita dan berdoa untuk kejayaan kita..dan yang paling last,tawakal sahaja...kita sudah buat yang terbaik,jadi tunggu dan terima dengan reda sahaja segala qada' dan qadar... :D

insyallah..never give up and believe that u ca do it..gambatteh!


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!