Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

kerana sang lelaki,hati ibu sanggup dilukai

Assalamualaikum...

sudah lama rasanya tidak menulis entry di sini ...bukan mahu menganaktirikan,namun kesibukan musim peperiksaan melanda dan tadi baru sahaja habis trial exam =D

ini adalah kisah sebenar seorang gadis yang dirahsiakan namanya..kisah sebenar,namun telah beberapa fakta diedit sedikit untuk kemaslahatan bersama...jom baca untuk panduan kita semua...bila saya baca ni pun hati berasa sebak~

********************************************

okey, kite start dari hari pertama aku mula kapel ngan someone.mula je aku kapel bermulalah detik-detik aku dengan dosa. dosa pada Allah itu dah tentulah. lepas tu tambah pulak dosa ngan mak ayah. Ya Allah, xde aku kat dunia ni lagi bagos kot dari nyusahkan mak ayah. nak xnak mak abah kenalah terima saya sebagai anak. sehari demi sehari saya makin asyik dengan cinta mak, saya sanggup pentingkan perasaan dia dari mak. mak banyak terasa hati tapi mak diam je. mak x nangis sebab tabah.

 tapi jauh dari sudut hati saya tahu mak sedih. sya mintak maaf mak. saya pernah cite story ni kat kawan saya. saya x sangka tibe-tibe saya nangis. dan xleh tahan kawan yang mendengar pun turut menangis. dia cakap dia cepat tersentuh. tapi kalau korang dengar cite ni nak yer korang bunuh aku hidup2. camni cite nyer.

 aku datang untuk daftar kat salah sebuah universiti di tanah  awal 2 hari. kami tidur umah pakcik dulu. esoknyer mak cakap nak p melaka. aku seronok lah sebab nanti aku leh jumpa si dia. mak janji nak pegi kolej dia. aku bersemangat giler2 sebab aku ade belikan dia beg. aku nak kasi kat dia la. ok fine, kami pegi melaka. perjalanan nak p melaka jauh gak coz kitorang banyak sesat.


 kami pusing-pusing area melaka tu cari kolej dia. dah pusing-pusing still x jumpa. pastu mak cakap, suhla dia datang bandar,jumpa kat sana. tengok, mak dah cuba yang terbaik untuk aku jumpa si dia tapi aku x sedar pun. aku cakap lah ngan dia suh p bandar jumpe kat sane je senang. dia lak cakap x dapatlah sebab ade kelas xleh kuar suka-suka hati. ok fine. aku pun cakap kat mak n then aku paksa abah cari jugak sampai dapat.

aku tahu abah dah marah time tu sebab abah memang xtau kat mane kolej dia. tapi abah x marah pun aku, abah tahan je. abah nak jaga hati aku. adik aku pun ade jugak sekolah kat melaka. adik aku ni merangkap anak kesayangan mak aku. mak pun cakap ngan abah pi sekolah adik dulu lepas tu kita cuba lagi carik kolej dia. ok fine, aku dah start bengang ngan mak. dia nak jugak jumpa anak kesayangan dia.

 ya Allah, bodoh betul aku time tu kan.memang mak ade hak kot nak jumpa anak dia kalo nak compared p jumpa pakwe aku tu,opps ex pakwe aku. abah bawak kete pegi skolah adik jumpa pulak. ish, memang lagi aku x puas hati. sampai je depan pagar skolah adik, aku acting cam laki mati dah. sepatah perkataan x kluar dari mulut aku. pandang adik pun tidak. aku sangat memberontak. marah. adik aku paham kot. dia pun cam buat2 tegur tapi still xde jawapan dari aku. aku bodoh. ya sangat bodoh. lepas je jumpa adik kami nak bertolak balik sebab dah lewat.

esok nak kena daftar aku lagi. aish lagi la aku makin bengkak tahan marah. tadi cakap nak bawak aku jumpa dia last2 tukar plan balik KL. memang aku berasap abes. sejak balik je dari jumpa adik aku dah diam muak masam x layan sape2. masa tu wajah mak dah berubah tahan marah. tapi mak sabar lagi. mak x cakap apa2 pun. mak diam je. mak cuba lagi tegur aku tapi aku? haram. aku palingkan muka dari mak. bukan mak je. sume orang aku palingkan muka.

esoknyer tibe lah daftar masuk. aku still macam semalam. satu patah perkataan x kluar dari mulut aku. kalo aku jawab pun nada marah2. aku bodoh. mak sabar lagi. mak ade asthma. mak xleh naik tangga tinggi2. tapi aku dapat bilik level 3. mak cuba naik pelan2. sampai satu level mak stop. lepas tu mak sambung lagi. ya Allah, mulianya hati seorang ibu. sampai je kat bilik aku masih macam semalam. mak masuk bilik,bukak loker,cari katil yang terbaik untuk aku. tapi aku masih macam semalam.

mak duduk lipatkan baju,masukkan dalam loker,pasangkan cadar.sume package lengkap aku xyah buat apa2. mak menyapu bilik. aku? aku masih macam semalam. egonya aku. sombongnya aku. penting diri sendiri. sayang insan yang bukan halal bagiku. mak tanye nak apa2 tak. aku x jawab. aku diam masamkan muka tanda x puas hati. mak pun bawak aku pegi jaya one. tu first time pegi sane. nak carik cold storage tapi kami x jumpa. mak penta jalan banyak. jumpa 7eleven je. kami beli kat situ walaupun kite sume tahu harga kat 7e tu mahal.

 sudah beli mak hantar balik masuk u. aku masih yang sama. sampailah mak cakap mak dah nak balik. aku bodoh diam lagi. mak dah nangis time tu. ni first time kami duk jauh2. memang dulu duk asrama tapi still dalam negeri. sekarang lain. sangat jauh. mak risau. mak cakap jage diri elok-elok jangan sedih. nanti2lah kita jumpa dia(ex pakwe). aku diam. aku p hantar mak sampai kat pak gad. time tu nak salam untuk last.

masa tu jugak aku  baru nangis. aku nangis mintak maaf ngan mak ape yang aku buat. mak lagi kuat nangis. mak cakap bukan mak xnak carik kolej tu. dah cuba tapi x jumpa nak buat camna. abah pun x kenal jalan sangat. janganlah buat macam ni. aku xtau nak cakap apa. yang aku tau aku tersangat sangat sangat teruk. aku hiraukan perasaan seorang ibu hanya kerana seorang laki yang jahanam..sorry to say. itu kenyataan. ni baru satu. banyak lagi aku wat salah ngan mak. mak tabah. mak sabar je.

kompem lepas korang bace korang sangatlah menyampah ngan aku.hanya sebab laki aku jadi macam ni. aku sangat sayangkan dia melebihi segalanya. aku lupa segalanya. dunia aku hanya dia. lepas clash aku baru nampak dunia. baru nampak keluarga. baru nampak kawan2. korang kutuklah aku. aku terima. aku sangat kejam. mak, anak mak mintak maaf. anak mak x pandai nak hargai mak. anak mak sayang mak hanya pada mulut. anak mak x patut dilayan sebaik setelah apa yang anak buat pada mak. anak mak anak derhaka. mak, maafkan anak mak. anak mak nak berubah. mak sangat mulia. anak mak nak hargai mak. mak. anak mak nak  sayang mak bukan pada mulut je......



********************************
sejujurnya saya sangat sebak dan menangis membaca pengakuan kawan saya yang sorang ni...sesungguhnya ibu bapa adalah yang terbaik,carilah cinta sejati,yang direstui dan yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada yang esa..bukanlah memecahbelahkan keluarga sehingga bermusuh-musuhan...sayangilah ibu anda selagi hayat mereka masih ada... seandainya anda mungkin salah seorang dari kategori ini...cepat-cepatlah bertaubat...

ingat bahawa syurga itu ditelapak kaki ibu...janganlah kita melukakan hati si ibu kerana tanpa ibu kita mungkin tiada di dunia...tanpa ibu yang membesarkan dan mendidik kita,mungkin kita sekarang tidak berada di tahap ini...seandainya si ibu membiarkan/membuang kita seperti fenomena buang bayi,kita mungkin tidak mengenali siapakah ibu kandung kita..mungkin juga kita sekarang cacat disebabkan ketidaksempurnaan penjagaan sewaktu kecil atau kita sedang berada dalam golongan anak-anak yatim...

jadi bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ilahi terhadap kita...sememangnya hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita...minta maaf pada ibu jika terkasar bahasa...bayangkanlah jika kita tidak sempat minta maaf dan ibu pergi dahulu...sayangilah ibu kita sementara hayat mereka masih ada =D

P/S: tahniah dan terima kasih kepada yang membaca sampai habis...cerita ni adalah dari kawan saya dan saya ingin berkongsi dengan anda agar dapat dijadikan panduan dalam hidup (^_^)


suka??bolehla 'LIKE' =D

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Saturday, November 13, 2010

aurat wanita merupakan ujian terberat bagi lelaki

wanita dan lelaki sememangnya saling memerlukan...namun begitu,wanita merupakan salah satu ujian dan halangan yang berat bagi lelaki..wahai wanita,seandainya engkau belum tahu walaupun sememangnya perkara ini perlu diketahui,berpura-pura tidak tahu ataupun sudah tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu,ketahuilah bahawa menutup aurat dengan sempurna itu adalah wajib....apakah yang kamu semua mahukan dengan membuka aurat??mendedahkan tubuh badan ke sana ke mari??

apakah kamu sengaja menampakkan auratmu di hadapan kaum lelaki??ketahuilah bahawa kaum lelaki sentiasa memerhatikanmu...sedangkan si polanah yang bertudung labuh berbaju longgar pun boleh mencaikan nafsu seorang lelaki apatah lagi yang mendedahkan bentuk badan ke sana-kemari..ketahuilah bahawa sememangnya bentuk tubuh wanita berjaya mencairkan hati seorang lelaki yang normal,dari atas ke bawah..

sesungguhnya aurat yang kamu pertotonkan itu terlalu banyak sehinggakan kaum lelaki terpaksa menunduk,terpenjara oleh aurat-aurat yang kamu pamerkan(bagi sesetengah lelaki)...ketahuilah,bentuk tubuhmu yang indah  dan lenggok gayamu boleh menggoyahkan iman seorang lelaki,boleh menjerumuskan lelaki ke lembah kehinaan...ketahuilah,jika engkau sengaja ingin memperlihatkan auratmu kepada lelaki,memandang jalan tar yang hitam legam itu lebih selamat dari memandang keindahan tubuh badanmu..engkau sememangnya indah,tapi melalaikan,melekakan dan menjerumuskan ke arah kemaksiatan.

wahai kaum hawa sekalian, janganlah engkau menyalahkan kaum lelaki di saat engkau berpakaian membangkitkan shawat,bagkitnya berahi lelaki adalah fitrah...seandainya engkau berpakaian seksi, maka terjadilah perkara yang tidak diingini..ketahuilah bahawa maksiat atau zina tidak berlaku secara tiba-tiba,terdapat proses-proses yang menggalakkan semua perkara ini..bagi kaum lelaki,seperti jua nabi  Adam pernah merasa kesunyian tanpa pasangan meskipun berada di syurga yang penuh kenikmatan,lalu terciptalah hawa...semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan,begitu jua kaum lelaki. mereka  memang mudah digoda wanita,seperti jua Nabi yusuf yang tergoda saat digoda ratu jelita zulaikha.

kehadiranmu,kaum hawa  semangnya akan membuatkan hati lelaki tertarik..tanpa berdandan pun sudah menarik,apatah lagi jika ditambah dengan dandanan dan busana yang pastinya membuatkan dirimu lagi menarik...maka pakaianmu merupakan pintu gerbang yang engkau miliki di istana..seandainya pakaianmu membuka aurat menggambarkan bahawa istanamu itu terbuka untuk sesiapa sahaja masuk,tanpa had..pada awalnya berkenalan,lalu hati berbunga-bunga dan perasaan menjadi bangga membawa teman wanita yang bajunya tidak cukup kain..pakaianmu semakin hari semakin menggoda dengan galakan teman lelakimu,agar si dia tidak meninggalkan kamu dan kasihnya berpindah pada wanita yang lebih jelita...apakah yang telah merasuk fikiranmu wahai saudaraku???

pemikiranmu itu ternyata salah,pakaianmu adalah pintumu..jikalau pintu itu senang dibuka sudah pasti akan senang ditutup begitu juga dengan lelaki..jikalau mereka dengan begitu senang mendapatkanmu maka sudah pasti dengan begitu senang mereka meninggalkan kamu selepas mereka mengotori kamu...apakah yang kamu dapat wahai kaum wanita???fikir-fikirkanlah...lelaki sebegini sememangnya sangat mudah mendapat wanita lain selepas mereka meninggalkanmu lantas siapa yang rugi?menyesal??sudah pastinya kaum wanita yang merana..

dunia tidak adil??sememangnya kamu tidak boleh menyalahkan dunia,akibat perbuatan lelaki,maruahmu tercemar,anak haram yang kamu kandungkan menjadi mangsa di tempat pelupusan sampah...masyarakat akan memandang siapa?sudah pasti dirimu wahai wanita..iya,dunia tidak adil,setelah hilang kesucianmu,sudah habis istana kekayaanmu,kamu tidak lagi berharga...kamu ibarat barang yang tiada nilainya,penyesalan yang begitu panjang,dendam yang memuncak dan rasa pahit yang disimpan akan memuncak dan merosakkan fikiranmu..perasaan itu pasti tidak akan hilang begitu sahaja dan memakan masa untuk melupakanya..

masihkah engkau mahu mempamerkan auratmu??ketahuilah syaitan selalu menjadi yang ketiga...walaupun ia tidak kelihatan,tapi bisikannya begitu halus dan menjerumuskan ke arah kemaksiatan...bila sahaja wanita dan lelaki berdua-duaan sudah pasti akan ada pihak ketiga ini...persiapkanlah dirimu dengan pakaian ketakwaan,sumbatlah mulut-mulut syaitan dengan kesibukanmu dan jadikanlah pekerjaan syaitan itu sia-sia...ingatlah kaum hawa,pakaianmu mencetuskan perkara pertama ke arah kebaikan atau kemurkaan..

p/s:ini post yang memakan masa yang paling lama untuk ditulis dan dikarang serta merasa lenguh bila menaip..
p/s/s:pesanan untuk semua kaum hawa,adam dam diri sendiri..sama-samalah kita muhasabah diri~
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, November 11, 2010

perlu ke bercinta???

ramai remaja zaman sekarang yang terlalu asyik bercinta,berkepit sana-sini tanpa menghiraukan orang sekeliling..mereka merasakan seolah-olah dunia ini mereka yang punya tanpa perlu fikirkan tentang orang lain..tanggapan ini sebenarnya amat salah kerana ramai rakan-rakan akan memperkatakan cerita tentang mereka..saya menulis berdasarkan pengalaman dan situasi yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan sendiri..



"ke mana si polan pergi??tetiba je lesap langsung takde khabar berita"
"apa lagi mesti pergi dating la tu"

"aku tengok pasangan couple tu hari-hari bersama,tak bosan ke??"
"bukan setakat kau yang bosan tengok,aku pun dah meluat tengok diorang ,bermanja-manje,bergelak ketawa dan makan pun bersuap-suapan"

itu mungkin antara situasi perbualan biasa seharian yang berlaku terutama dalam kalangan pelajar universiti..sebenarnya tiada salahnya kita bercinta seandainya tidak menyalahi syarat,menjaga tatatusila tidak bergaul terlalu bebas hingga lupa batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan,bertepuk tampar,berdua-duaan di tempat yang sini dan banyak lagi..

bagi wanita dan lelaki pula perlulah ingat bahawa jika berdua-duaan akan ada yang ketiga antara mereka, iaitu syaitan yang sentiasa menghasut ke arah maksiat..maka lahirlah anak-anak yang tidak berdosa dan dibuang merata-rata ke dalam tong sampah dan longkang..nauzubillah,ingatlah bahawa perkara itu amat dilaknat oleh Allah S.W.T...tindakan berzina dan seterusnya membunuh bayi yang tidak berdosa itu merupakan dosa besar yang sangat-sangat dimurkai.

pernah rakan saya bertanya: kalau kita tidak ada pasangan sekarang,nanti kalau dah kahwin macamana nak cari jodoh??sedangkan semua orang dah ada pasangan masing-masing...memang la siapa yang hendak jadi 'andartu' kan..tapi cubalah kita berfikiran positif dan tidak terlalu cetek akal dengan persoalan-persoalan sebegitu..sesungguhnya setiap manusia ini telah ditetapkan pasangan masing-masing jadi kita tidak perlulah bimbang dan risau seandainya kita masih lagi tidak mempunyai calon dan bercinta..

ada yang bercinta bertahun-tahun tapi bila kahwin hubungan itu tidak kekal lama dan terputus di tengah jalan..namun begitu ada pasangan yang langsung tidak pernah bercinta dan hanya berkenalan semasa awal perkahwinan kerana telah ditetapkan keluarga atau ada orang tengah yang menjodohkan mereka berjaya mengekalkan perkahwinan sehingga ke akhir hayat..hidup bersama dan bercinta selepas kahwin..ha tajuk ni pun saya akan kupaskan dalam entri akan datang..jodoh yang diberkati akan berjaya hidup aman dan bahagia manakalah yang tidak diberkati,hidup sebelum kahwin pun dah bergelumang dengan dosa tidak akan berjaya mengekalkan kerukunan rumah tangga mereka..

p/s: cinta selepas kahwin lagi bermakna sebab kita baru dalam proses mengenali :D


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Friday, October 8, 2010

ujian ALLAH kepada kita

BENTUK-BENTUK UJIAN
Allah menguji manusia dengan pelbagai perkara pelbagai perkara sama ada diuji dengan kebaikan, kesusahan, kesenangan; ketakutan, kelaparan,diuji pada harta,jiwa dan apa juga yang dikurniakan allah kepada mereka. Allah menguji manusia dalam 3 perkara utama iaitu dari segi perintah dan larangannya, kesusahan atau musibah serta kesenangan atau kenikmatan.
Dari segi perintah dan larangannya, Allah menurunkan islam sebagai cara hidup yang mesti dipatuhi oleh semua umat islam, sama ada berbentuk perintah atau laranganNya. Seperti mana yang kita semua tahu bahawa semua perintah Allah merupakan kewajipan agama yang wajib dipatuhi dan tidak dapat diingkari. semua itu merupakan ujian kepada hambaNya, untuk menentukan apakah mereka benar-benar mengakui dan menerima islam seba gai pegangan hidup atau sebaliknya.

Bentuk ujian yang kedua merupakan kesusahan atau musibah. Pelbagai ujian diberikan oleh allah SWT kepada manusia dalam bentuk kesusahan. Antaranya seperti ketakutan, kelaparan, dan kematian. Selain itu,berlaku juga kekurangan, kehilangan jiwa, kemusnahan atau kerosakanharta benda dan sebagainya


Bentuk ujian yang ketiga merupakan kesenangan atau kenikmatan. Allah menganugerahkan manusia dengan pelbagai nikmat dan kurniaan, jika ingin menghitungnya nescaya tidak terhitung nikmat allah SWT yang begitu banyak. Hal ini kerana semua kesenangan dan kenikmatan itu merupakan ujian Allah kepada hambaNya, sejauh mana manusia menggunakannya dengan cara yang betul dan bersyukur

TUJUAN UJIAN
Allah menguji manusia dalam pelbagai bentuk untuk untuk menentukan mereka termasuk dalam golongan yang Berjaya atau gagal. Bagi golongan yang Berjaya, mereka akan memperoleh ganjaran yang baik, sebaliknya bagi golongan yang gagal, mereka akan menerima balasan yang setimpal.
Ujian iman membantu kita untuk menjadi manusia yang sempurna,tidak kekurangan sesuatu apapun. Apakah maksudnya? Menjadi 'sempurna' bukan bererti seseorang tidak lagi membuat kesalahan apapun. Kesempurnaan yang disebutkan di sini berkaitan dengan kedewasaan rohani. Kedewasaan rohani adalah kehidupan yang berlimpah, tidak kekurangan sesuatu apapun - mencakupi hikmat, kuasa dan kasih rohani. Inilah tepatnya makna dari kata 'utuh, tidak kekurangan sesuatu apapun'.
Dengan kata lain, ujian boleh membantu kita berkembang secara rohani menuju kedewasaan. Ujian Allah juga bertujuan untuk menguji keimanan, kesabaran,menguji sama ada manusia bersyukur atau kufur dan menguji siapakahyang lebih baik amalnya.
Selain itu, tujuan ujian Allah juga adalah untuk memberi ganjaran atau balasan syurga. Allah telah berfirman bahawa sesiapa sahaja yang bersyukur dengan nikmat Allah dan menerima dugaan dengan reda akan mendapat ganjaran pahala atau syurga. Ujian juga boleh menjadi sebagai kaffarah dosa .
Orang yang ditimpa musibah atau bala mempunyai sebab musabab kenapa ia terjadi, mungkin untuk menguji keimanannya atau kaffarah dosanya dan yang pasti hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Allah juga ingin menguji apakah manusia sanggup menanggung musibah yang menimpanya, menerima dengan reda, sabar, atau menyalahi takdir, merungut dan tidak berpuas hati.
Allah sentiasa menguji kesabaran manusia
Kehidupan umat Islam di alam ciptaan Allah ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ujian dan cabaran. Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat.

Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya.

Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah.

Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan.

Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan sabar.

Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.

Malah, apabila ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasaalahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar.

Ada pula hampir melupakan bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

Ditinjau keadaan dunia hari ini, dalam era globalisasi yang dicirikan ruang siber, teknologi maklumat dan digital, umat Islam tidak terkecuali daripada pelbagai masalah, ujian dan cabaran.

Bagaimanapun, pengalaman dan kenyataan menggambarkan ramai antara kita tidak bersabar menempuh ujian dan cabaran. Malah, ada segelintir umat Islam tidak dapat menerima perubahan dan peralihan struktur sosial, ekonomi dan teknologi, yang akhirnya menyebabkan mereka terpinggir dalam penguasaan teknologi.

Ini berkait rapat dengan sikap ketidaksabaran dalam penerokaan ilmu di mana cabaran dan masalah dianggap menyusah atau membebankan.

Dalam pada itu, kita sering mudah tunduk kepada tekanan emosi dan nafsu dalam menghadapi persaingan mengejar kemajuan kerana sikap tidak sabar untuk berkuasa.

Kita tidak sabar dengan nafsu materialisme hingga memilih jalan mudah untuk mencapai kedudukan. Malah, ada yang terbabas daripada tuntutan Islam sehingga mengamalkan perbuatan yang terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa.

Kita juga tidak sabar apabila ditegur atau dikritik walaupun teguran itu untuk kebaikan bersama sehingga mencetuskan krisis berpanjangan. Kita juga tidak sabar apabila diuji dengan sedikit masalah seperti kesusahan, kerugian, kerenah keluarga, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.

Umat Islam tidak seharusnya bercakap kosong, tetapi mampu bertindak berbekal kesabaran di dada, menangani keadaan yang berkemungkinan memudaratkan serta disusuli dengan menunaikan kewajipan kepada Allah dan menyelamatkan diri daripada melakukan perkara mungkar.

Justeru, umat Islam yang mempunyai akidah yang teguh akan mudah menerima bencana, kesukaran, cabaran dan masalah yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia sendiri, perlu sabar menghadapi ujian Allah itu.

Allah berfirman bermaksud: "Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan." (Surah Ali Imran: ayat 186)

Allah berfirman lagi, bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)
Ditinjau perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan salihin, mereka juga tidak terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai kejayaan. Malah, berapa banyak di kalangan mereka yang hidup sengsara dan menderita, tetapi tetap bersabar.

Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan kesukaran hidup. Nabi Muhammad sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran menegakkan Islam tetapi dijanjikan kedudukan dan kemewahan dunia oleh kaum Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Malah, kronologi peristiwa hijrah baginda seharusnya dijadikan iktibar, bagaimana kesabaran baginda berjaya membina kegemilangan negara Islam.

Allah berfirman melalui surah Asy-Syaffaat ayat 102 mengenai sikap kesabaran Nabi Ismail apabila bapanya Ibrahim mendapat perintah Allah supaya menyembelihnya sebagai korban kepada Allah.

Ismail dengan sabar berkata: "Wahai bapa, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah bapa akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar."
Kita juga sering mendengar riwayat Bilal Rabbah, seorang hamba yang sangat penyabar. Sungguhpun diseksa dan dicaci, beliau tetap bersabar dan imannya tidak pernah berganjak. Kesabarannya mendapat ganjaran di dunia apabila dimerdekakan oleh Abu Bakar as-Siddiq dan pada akhirnya dijanjikan syurga oleh Allah.

Dalam suatu riwayat lain diceritakan kesabaran Ammar - anak Yassir dan Sumaiyah, ketika berdepan dengan seksaan kaum musyrikin Makkah. Rasulullah ketika melawat keluarga Ammar, bersabda: "Bersabarlah kamu wahai keluarga Yassir, kesabaran kamu akan dianugerahkan balasan syurga."

Begitulah kelebihan sifat sabar yang bukan sahaja menjanjikan kejayaan di dunia bahkan kenikmatan di akhirat. Justeru, kita perlu menanam sifat sabar pada diri dan ahli keluarga, di samping tidak meremehkan hal fardu kifayah seperti mendalami ilmu pengetahuan, terutama teknologi maklumat agar dapat meningkatkan kehidupan umat Islam dan menjadi umat yang tidak mudah menyerah kalah.

Umat Islam akan memperoleh hidayah dan syafaat berpandukan al-Quran dan al-Hadis serta mencontohi ciri kehidupan kalangan ambia, ulama dan orang yang salih.

Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik umat Islam seluruhnya

SIKAP MANUSIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita, tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).
Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita.
Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi.

Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”
Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut akan mendapat balasan syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah.

Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Jadi kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa mematuhi segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Manusia merupakan khalifah Allah dan mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan sama ada tugas kepada Allah, terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negara dan makhluk lain.







rujukan
1. AL-QURAN

2. HADIS DAN AS-SUNNAH


3. BUKU : ASAS-ASAS PEMBINAAN INSAN
PENULIS: RUKIAH BINTI MOHAMAD
PENERBIT : PUSAT PENERBITAN UNIVERSITI(UPENA),UITM
TAHUN: 2008

4. LAMAN WEB:
• http://ahlussunnah-jakarta.com/buletin_detil.php?id=29
• http://www.magnifix.com.my/ashairah/index_files/Page1467.htm
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!