Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

persiapan ilmu pengetahuan sebelum kahwin


Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting kerana Ia mungkin membawa padah. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting bagi setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana mereka akan mendidik anak-anak untuk menjadi insah yang cemerlang dari aspek rohani dan jasmani.
Sebelum meneruskan perancangan untuk mendirikan rumahtangga, setiap bakal pengantin lelaki dan wanita hendaklah melengkapkan dan mengukuhkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan ilmu seperti fardu ain, fardu kifayah, ilmu berkaitan rumahtangga dan ilmu berkaitan pergaulan sosial dengan masyarakat atau keluarga.

Az Zumar (39) ayat 9 yang membandingkan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu: …Katakanlah: Samakah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu? Hanya orang-orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”

Di dalam surah yang lain iaitu surah Al Mujaadilah (58) ayat 11: “…….Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang berilmu…..
Hal  ini memberikan implikasi bahwa agama dan ilmu mempunyai fungsi yang berkait secara lengkap.  Albert Eisnstein  membuat  kesimpulan: Science without religion is lame, religion without science is blind. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh (seharusnya lebih tepat dikatakan buta), agama tanpa ilmu adalah buta (lebih tepat dikatakan lumpuh).


agama Islam juga menekankan bahawa jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat itu adalah ilmu. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia maka ia harus mencapainya dengan ilmu; barangsiapa menginginkan kebahagiaan akhirat maka ia harus mncapainya dengan ilmu, dan barangsiapa menginginkan kebahagiaan kedua-duanya maka ia harus mencapainya dengan ilmu.” (Hadits riwayat Thabarani)

Ilmu pengetahuan asas tentang fardu ain dan fardu kifayah  seperti solat, belajar,puasa, zakat dan  menghormati orang tua dan banyak lagi hendaklah diterapkan dalam diri setiap bakal pengantin. Selain itu, asas kepercayaan dalam islam seperti kepercayaan penuh dan ikhlas terhadap keesaan Allah, wahyu Allah, rasul-rasul, kitab serta hari kiamat perlulah difahami dengan betul agar tidak berlaku kecelaruan dalam hidup apabila mereka telah berumahtangga kelak.

Selain itu, ilmu-ilmu berkaitan sosial dan etika tidak bolehlah dipandang enteng. Mereka bukan sahaja bakal melayari bahtera rumahtangga bersama insan tercinta, bahkan kelak mereka akan mempunyai cahaya mata yang akan menyinari kehidupan mereka suatu hari nanti. Soal hukum-hakam agama islam terutamanya dalam pengetahuan berkaitan alam rumahtangga perlulah dititikberatkan dengan menghadiri kursus kahwin, mendapat nasihat dari dari orang yang lebih pakar, ceramah-ceramah motivasi dan segala program yang berkaitan bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan.

Hal ini akan membolehkan setiap pasangan membentuk keluarga bahagia dan mengelakkan segala masalah daripada berlaku seperti penceraian dan salah faham antara suami isteri. Sekiranya suami dan isteri masing-masing faham kedudukan mereka dan perkara-perkara yang patut mereka lakukan demi menjaga keharmonian rumah tangga, sudah tentu kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan berumahtangga.

Suami sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak dan isteri serta menegur segala kesalahan yang dilakukan mereka termasuk dalam pendidikan agama dan sosial.

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, October 28, 2010

PERSIAPAN EKONOMI SEBELUM PERKAHWINAN


Seorang bakal suami hendaklah bersedia dari segi peningkatan tanggungan sebelum mendirikan rumahtangga. Jika sebelum ini mereka hanya perlu menyediakan keperluan untuk diri sendiri dan memberi sedikit bantuan kepada ibu bapa, namun setelah mempunyai isteri dan anak-anak, mereka hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.

Tambahan pula,  isteri bolehlah membantu si suami dari kewangan dan tidaklah mengharapkan kepada suami semata-mata untuk segala perbelanjaan terutama apabila ingin membeli barangan keperluan diri sendiri.Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

setiap isteri juga hendaklah sentiasaberada di sisi dan  membantu suaminya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka termasuklah masalah kewangan .
Setiap suami sememangnya wajib memberi  nafkah zahir seperti makan, pakaian dan tempat tinggal dan mengikut kemampuan dan bukan mengikut nafsu. 

Mengikut kemampuan ini kalau suami gaji kecil maka tak boleh la beli rumah besar dan sebagainya, dan kalau tak mencukupi suami tidak salah kerana tak mampu. Bukan mengikut nafsu bermaksud, kalau suami gaji RM10000 tak bermakna kena beli pakaian mahal-mahal  dan makan mewah kerana ini nafsu namanya. Kereta tak termasuk nafkah zahir tetapi jikalau mahu menghadiahi  isteri lagi bagus kerana ia tidak wajib tapi besarlah pahalanya. Tolak ansur dan sumbangaun kedua-dua pihak sangat penting. Begitu juga kawalan nafsu keduniaan, bukan isteri sahaja, suami pun sama. Firman Allah;Maksudnya:

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut Kemampuannya.Dan orang yang disempitkan rezekinya(tidak mampu)Hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan allah kepadanya.Allah tidak membebani seseorang melainkan(sekadar)apa yang telah diberikan kepadanya(seseorang)


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, October 21, 2010

persiapan emosi dengan keluarga selepas kahwin


Apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga,mereka bukan sahaja berkahwin dengan pasangan mereka,bahkan mereka hendaklah menganggap dan  melayan seluruh ahli keluarga pasangan mereka seperti keluarga mereka sendiri. Oleh sebab itu Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. 


Pastikan kedua orang tua dan keluarga bersetuju dengan pemilihan pasangan tersebut agar kehidupan dapat diteruskan dengan baik dan tiada permusuhan atau persengketaan antara pasangan dan keluarga. Hal ini merupakan salah satu hikmah mengapa islam mewajibkan wali bagi wanita yang ingin mendirikan rumahtangga agar kehidupan mereka menjadi lebih bahagia  atas restu seluruh kaum keluarga.

Setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam memilih pasangan hidup kerana pasangan hidup merupakan teman sepanjang hayat sebagaimana yang kita tahu pasangan juga akan menentukan gaya hidup di masa akan datang. zuriat yang dilahirkan sudah pastinya sedikit sebanyak akan mengikut tabit dan kehidupan pasangan tersebut. Oleh itu,sesi ta’ruf merupakan perkara yang penting dalam menentukan pasangan hidup.

             sesi ta'ruf hendaklah dilakukan bagi membolehkan pihak keluarga mengenali bakal ahli keluarga mereka yang baru.  Sesi ini adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.

 Sikap sesetengah ibu mertua yang kadang-kala tidak disenangi, katanya, tidak boleh      dijadikan alasan untuk tidak cuba berbaik-baik dengan mereka. bukan semua ibu mertua bersikap dingin, tetapi ada ketikanya menantu sendiri yang tidak tahu tatacara tertentu untuk menjaga hati ibu mertua mereka. Dengan beberapa temuramah yang dilakukan,terdapat bebrapa pendapat daripada orang ramai berkaitan masalah mentua,menantu dan ahli keluarga.
           “ Mesti ada sebab mengapa ada setengah ibu mertua bersikap dingin terhadap anak menantu. Mungkin kita bukan calon pilihan atau pun dia tak berkenan dengan perangai kita.Jadi kita sendiri kena ambil inisiatif untuk cuba memenangi hati mereka, tidak kiralah ibu atau bapa mertua. Kalau boleh, cuba lakukan apa yang dia suka dan mungkin lama-kelamaan kita boleh diterima”

 Setiap bakal pasangan yang ingin berkahwin hendaklah maklum dengan situasi sebegini kerana kita sememangnya tidak boleh menjangkakan apakah penerimaan keluarga bakal pasangan terhadap diri kita termasuk ibu bapa,adik-beradik,saudara-mara malah jiran tetangga. Sikap bertolak ansur dan banyakkan bersabar juga perlu dalam melayari kehidupan  berumahtangga.

Tambahan pula, pasangan yang tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada keluarga mentua hendaklah tidak mudah melatah dengan situasi tersebut sehingga hubungan suami isteri terjejas sehingga boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Perkara ini perlulah dibincang dengan berhemah dan lambat laun keluarga pasangan sudah tentu akan dapat menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Setiap pasangan hendaklah membiasakan diri bila berada dalam kelompok keluarga pasangan agar tidak merasa kekok dan janggal untuk melakukan sesuatu seperti makan,mengemas rumah,membasuh dan sebagainya.


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

PERSIAPAN EMOSI MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN



Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, bakal pengantin hendaklah bersedia dalam semua aspek termasuklah persiapan dari segi emosi . emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.

Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.

Sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri, setiap bakal pasangan hendaklah faham dan bersedia dengan segala kemungkinan dan perubahan emosi yang akan berlaku dalam kehidupan mereka sebagai contoh dari aspek kekeluargaan, ekonomi dan pasangan itu sendiri.

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!