Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Monday, March 21, 2011

ajal maut di tangan tuhan

Assalamualaikum ^^

aku duduk termenung seketika...jodoh,pertemuan ajal dan maut semuanya di tangan tuhan,tiada siapa yang mampu menghalang..kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang namun hanya Allah yang mamou menentukan segala-galanya...

bila kita akan mati,dijemput ilahi dan meninggalkan dunia ini tiada siapa yang tahu,mungkin esok,hari ini tau sebentar lagi??sebarang kemungkinan boleh berlaku..harta pangkat bukan lagi sandaran namun segala amalan kita di dunia akan menjadi kayu ukur kedudukan di sana..ohh,cubalah bermuhasabah diri,lihat balik segala amalan kita sebelum ini...

Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH 



sumber sajak: iluv islam


suka??bolehla 'LIKE' =D

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Friday, November 12, 2010

lima perkara yang kita biasa mahukan

kalau diberi peluang untuk memilih lima perkara,apakah yang terlintas dalam fikiran anda??melalui pemerhatian dan pengalaman kebanyakan orang mengimpikan:-

1)Wajah yang cantik
2)Duit yang banyak
3)Kesihatan yang baik
4)Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5)Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

 cuba anda lakukan hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya 
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaatdan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
 
  ' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'  Surah Al-Baqarah ayat 286
 
sama2 kita berusaha utk mendapatkan nya..  
selamat mncuba.....

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!