Friday, October 29, 2010

ciri-ciri lelaki yang mesti wanita tinggalkan

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti
p/s : bagi kaum hawa diluar sana, pilih lelaki yang terbaik untuk anda supaya tidak menyesal dikemudian hari.kalau rasa ciri-ciri seperti di atas ada pada bf anda,fikir-fikirkanlah :p

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, October 28, 2010

PERSIAPAN EKONOMI SEBELUM PERKAHWINAN


Seorang bakal suami hendaklah bersedia dari segi peningkatan tanggungan sebelum mendirikan rumahtangga. Jika sebelum ini mereka hanya perlu menyediakan keperluan untuk diri sendiri dan memberi sedikit bantuan kepada ibu bapa, namun setelah mempunyai isteri dan anak-anak, mereka hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.

Tambahan pula,  isteri bolehlah membantu si suami dari kewangan dan tidaklah mengharapkan kepada suami semata-mata untuk segala perbelanjaan terutama apabila ingin membeli barangan keperluan diri sendiri.Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

setiap isteri juga hendaklah sentiasaberada di sisi dan  membantu suaminya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka termasuklah masalah kewangan .
Setiap suami sememangnya wajib memberi  nafkah zahir seperti makan, pakaian dan tempat tinggal dan mengikut kemampuan dan bukan mengikut nafsu. 

Mengikut kemampuan ini kalau suami gaji kecil maka tak boleh la beli rumah besar dan sebagainya, dan kalau tak mencukupi suami tidak salah kerana tak mampu. Bukan mengikut nafsu bermaksud, kalau suami gaji RM10000 tak bermakna kena beli pakaian mahal-mahal  dan makan mewah kerana ini nafsu namanya. Kereta tak termasuk nafkah zahir tetapi jikalau mahu menghadiahi  isteri lagi bagus kerana ia tidak wajib tapi besarlah pahalanya. Tolak ansur dan sumbangaun kedua-dua pihak sangat penting. Begitu juga kawalan nafsu keduniaan, bukan isteri sahaja, suami pun sama. Firman Allah;Maksudnya:

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut Kemampuannya.Dan orang yang disempitkan rezekinya(tidak mampu)Hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan allah kepadanya.Allah tidak membebani seseorang melainkan(sekadar)apa yang telah diberikan kepadanya(seseorang)


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Monday, October 25, 2010

persiapan emosi dengan pasangan sebelum kahwin

Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan.

Kita di suruh kenal dan takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar.
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah. Omar bertanya lagi,
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya.Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak berbohong. Apabila sudah saling mengenali, tolak ansur dapat di buat dalam apa juga perkara.
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup menerima teguran dan memberi teguran dan saling bersifat 'membina' untuk menjaga akhlak dalam islam.
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.
Hadis Nabi ada menyatakan
"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"
"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri atau suami. Baik yang di m aksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi masalah sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa.Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.
"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini beragama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ini membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah:
"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik."
Setiap pasangan hendaklah mempunyai sikap saling mempercayai dan tidak mudah cemburu bagi mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri. Perasaan cemburu yang melampau dan melebih-lebih akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perbalahan antara pasangan suami dan isteri. Sekiranya pasangan mendapat khabar angan dan berita-berita tentang pasangan mereka, mereka hendaklah berbincang dan bertanya dahulu tentang perkara sebenar. Perbuatan menuduh secara melulu-dan percaya kepada khabar-khabare angin itu hendaklah dielakkan untuk mengelakkan fitnah dan berlaku keretakan rumahtangga. Jadi, sebelum melangsungkan perkahwinan,bakal pasangan hendaklah percaya kepada pasangan dan tidak terlalu mengikut emosi untuk menghukum.
Sekiranya seorang lelaki ini tidak suka akan kelakuan bakal isterinya, dia hendaklah menegur secara berhikmah agar wanita ini mengetahui perkara tersebut dan menerima dengan hati terbuka. Mereka tidak bolehlah mengutuk dan mengeji bakal pasangan sehingga menyebabkan keaiban kepada wanita itu sendiri.
“janganlah seorang mukmin membenci mukminah(isterinya) Kerana walaupun ada satu perangainya yang ia tidak suka,Tetapi tentu ada perangai lain yang ia suka”
(riwayat ahmad muslim)



sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, October 21, 2010

persiapan emosi dengan keluarga selepas kahwin


Apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga,mereka bukan sahaja berkahwin dengan pasangan mereka,bahkan mereka hendaklah menganggap dan  melayan seluruh ahli keluarga pasangan mereka seperti keluarga mereka sendiri. Oleh sebab itu Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. 


Pastikan kedua orang tua dan keluarga bersetuju dengan pemilihan pasangan tersebut agar kehidupan dapat diteruskan dengan baik dan tiada permusuhan atau persengketaan antara pasangan dan keluarga. Hal ini merupakan salah satu hikmah mengapa islam mewajibkan wali bagi wanita yang ingin mendirikan rumahtangga agar kehidupan mereka menjadi lebih bahagia  atas restu seluruh kaum keluarga.

Setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam memilih pasangan hidup kerana pasangan hidup merupakan teman sepanjang hayat sebagaimana yang kita tahu pasangan juga akan menentukan gaya hidup di masa akan datang. zuriat yang dilahirkan sudah pastinya sedikit sebanyak akan mengikut tabit dan kehidupan pasangan tersebut. Oleh itu,sesi ta’ruf merupakan perkara yang penting dalam menentukan pasangan hidup.

             sesi ta'ruf hendaklah dilakukan bagi membolehkan pihak keluarga mengenali bakal ahli keluarga mereka yang baru.  Sesi ini adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.

 Sikap sesetengah ibu mertua yang kadang-kala tidak disenangi, katanya, tidak boleh      dijadikan alasan untuk tidak cuba berbaik-baik dengan mereka. bukan semua ibu mertua bersikap dingin, tetapi ada ketikanya menantu sendiri yang tidak tahu tatacara tertentu untuk menjaga hati ibu mertua mereka. Dengan beberapa temuramah yang dilakukan,terdapat bebrapa pendapat daripada orang ramai berkaitan masalah mentua,menantu dan ahli keluarga.
           “ Mesti ada sebab mengapa ada setengah ibu mertua bersikap dingin terhadap anak menantu. Mungkin kita bukan calon pilihan atau pun dia tak berkenan dengan perangai kita.Jadi kita sendiri kena ambil inisiatif untuk cuba memenangi hati mereka, tidak kiralah ibu atau bapa mertua. Kalau boleh, cuba lakukan apa yang dia suka dan mungkin lama-kelamaan kita boleh diterima”

 Setiap bakal pasangan yang ingin berkahwin hendaklah maklum dengan situasi sebegini kerana kita sememangnya tidak boleh menjangkakan apakah penerimaan keluarga bakal pasangan terhadap diri kita termasuk ibu bapa,adik-beradik,saudara-mara malah jiran tetangga. Sikap bertolak ansur dan banyakkan bersabar juga perlu dalam melayari kehidupan  berumahtangga.

Tambahan pula, pasangan yang tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada keluarga mentua hendaklah tidak mudah melatah dengan situasi tersebut sehingga hubungan suami isteri terjejas sehingga boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Perkara ini perlulah dibincang dengan berhemah dan lambat laun keluarga pasangan sudah tentu akan dapat menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Setiap pasangan hendaklah membiasakan diri bila berada dalam kelompok keluarga pasangan agar tidak merasa kekok dan janggal untuk melakukan sesuatu seperti makan,mengemas rumah,membasuh dan sebagainya.


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!