dalam sesebuah perhubungan sudah pastinya kita mahukan yang terbaik tidak kiralah perhubungan dengan keluarga,rakan-rakan atau guru-guru..oleh itu sikap saling percaya dan tidak meragui antara satu sama lain amatlah dititikberatkan dalam setiap perhubungan..
apabila kita telah memberikan kepercayaan kepada pasangan kita,dalam masa yang sama kita tidak akan merasa tergugat dan mudah melatah apabila mendengar berita desas desus dan khabar angin tentang pasangan kita...begitu juga dengan ibu bapa apabila mereka yakin bahawa anak mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak disukai mereka mereka hendaklah tidak mudah terburu-buru membuat keputusan..siasatlah dulu perkara tersebut dan apabila sudah mendapat kepastian barulah keputusan dibuat..selain itu,penjelasan daripada kedua-dua belah pihak amat penting dan di sini juga sikap jujur dan berterus-terang hendaklah diamalkan..
setiap pasangan sudah tentu mahukan yang terbaik dan akan kecewa jika perkara yang mereka harapkan itu hanyalah sia-sia..siapa yang tidak sedih seandainya kepercayaan yang kita letakkan itu diperkotak-katikkan dan dipermainkan begitu sahaja..sudah tentu hancur lebur hati dan hilanglah kepercayaan yang diletakkan kepada pasangan kita..oleh itu,amatlah penting bagi setiap pasangan untuk tidak berahsia dan berterus-terang..apa gunanya hendak disorokkan sesuatu benda kerana lambat laun setiap rahsia akan terbongkar kerana mulut manusia bukanlah seperti mulut tempayan yang mudah ditutup dan dibuka mengikut kehendak kita.
p/s:kepada pasangan diluar sana berilah kepercayaan kepada pasangan anda dan janganlah mempermainkan perasaan mereka(terutamanya lelaki)kerana wanita biasanya setia dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan mereka :D
sila like,picit je =D
0 kata-kata semangat:
Post a Comment