Saturday, January 8, 2011

usaha,doa dan tawakal..insyallah..

assalamualaikum...mulakan setiap kerja dengan bismillah dan sudahinya dengan alhamdulillah...tiada manusia ciptaan ALLAH di muka bumi ini yang sempurna,pasti ada cacat cela dan kekurangan di mana-mana..mungkin kita nampak kulit rambutan itu cantik,merah menyala namun tidak semestinya isinya sedap,manis..bak kata orang putih"don't judge a book by it's cover"begitu juga dengan manusia..

kenapa kita perlu menilai seseorang??ingatlah bahawa setiap hamba itu sama sahaja di sisi-nya apa yang membezakan kita adalah iman dan takwa...jangan nampak seorang yang bermuka masam dan tidak senyum itu sombong,mungkin dia ada sebab atau masalah yang tersendiri..wallahualam..

hmmmm,mungkin keputusan exam lepas amat tidak memberangsangkan,jatuh mendadak sampai ke kerak bumi..tidak mengapa,ingatlah bahawa gagal sekali tidak bererti gagal buat selama-lamanya...kuatkanlah semangat dan keazaman untuk berusaha dengan lebih gigih lagi...usaha taw,jangan tak berusaha dan mengharapkan kejayaan semata-mata..

usahalah bersungguh-sungguh..biar orang cakap apa pun kat kita,kita buat endah tak endah sahaja...lepas usaha buat solat hajat,doa banyak-banyak,minta restu mak ayah,minta maaf dengan sesiapa sahaja yang kita pernah gaduh,berdendam...moga-moga mereka semua maafkan kita dan berdoa untuk kejayaan kita..dan yang paling last,tawakal sahaja...kita sudah buat yang terbaik,jadi tunggu dan terima dengan reda sahaja segala qada' dan qadar... :D

insyallah..never give up and believe that u ca do it..gambatteh!


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Tuesday, January 4, 2011


selamat petang semua kepada para pembaca lelaki,perempuan,muda,tua,single,janda,duda dan semuanya...semoga anda semua diberkati di hari yang mulia ini...apa yang korang biasa nuat petang2 macam ni???makan??bersukan??melayari internet?belajar??setiap manusia mesti ada hal masing-masing...semua mempunyai perancangan masing-masing...

namun apa jua yang kita lakukan,janganlah kita lalai dan leka..niatlah segala amalan kita kerana ALLAH s.w.t..mulakan kerja dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdulilah..mudah-mudahan kerja itu akan diberkati dan siap dengan jayanya..namun jika kerja terbengkalai di tengah jalan,tertangguh dan tidak siap..jangan salahkan sesiapa,janganlah berputus asa dan cuba lagi di masa yang akan datang..


renung-renungkan dan selamat beramal...
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Monday, January 3, 2011

izamir ridzwan pendrive giveaway

ni kena tag untuk dapat giveaway..erm,izamir ridzwan(IR)nak bagi pendrive kat sesape yg bertuah...mugkinkah aku yg bertuah???siapa taw??boleh guna nak pergi print assignment ke apa..ye tak..tak susah,hanya perlu follow blog ni dan tag 4 rakan..senang3..


okey..4 rakan yg dapat tag ni ialah..


ok dah siap...moga2 dapat laye..hehe

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

tahun baru,azam baru,jiwa mantap :D

assalamualaikum semua...selamat menyambut tahun baru maal hijrah dan tahun baru 2011..hari ni dah masuk hari ketiga kita dalam tahun 2011 ni..kalau difikir-fikirkan memang banyak perkara yang telah berlaku dalam tahun 2010 dan sungguh cepat masa berlalu kan...adakah anda sudah bersedia untuk berhijrah???

berhijrah tidak semestinya berpindah tempat tinggal,tempat kerja atau belajar,tapi berhijrah jiwa dari jahat ke baik..dari kemaksiatan,kejahatan dan kemungkaran ke arah kebaikan dan kebahagiaan..owh,sejuk perut ibu mengandung mendengarnya..kita seringkali alpa dan leka dengan duniawi yang penuh dengan hiburan di sana sini..namun adakah hanya itu yang anda mahukan??tepuk dada,tanya selera(bukan selera nasi lemak ke,nasi ayam ke..hehehhee)

kemantapan jiwa??hal ini amat susah untuk dicapai..berbuat baik juga perlu kepada istiqamah..janganlah hari ni berbuat baik namun keesokan harinya berubah kepada perangai asal..itu namanya tidak istiqamah tetapi main-main,hangat-hangat tahi ayam sahaja...berubahlah mengikut kata hati dan akal fikiran,jangan menurut nafsu...

sebagai contoh,kalau nak pakai tudung tu,biarlah istiqamah jangan on-off sahaja,pakai ikut kawan dan fesyen,bila fesyen dah lapuk,kawan pun tiada tudung pun terbang melayang-layang bersama-sama dibawa angin sepoi-sepoi bahasa...beristiqamah dan yakin dengan perubahan yang ingin anda lakukan..

kalau dulu suka bangun lambat,tidur lepas subuh kalau hari minggu...cuba-cubalah berubah untuk bangun awal..pergi bersenam,jogging ke,jalan-jalan rehatkan minda...ada la jugak keluar peluh daripada tidur je atas katil dan membuta...sekurang-kurangnya ada la jugak peluh yang keluar dalam seminggu...ini pergi kerja naik kereta,pastu naik lif dan kerja di tempat berhawa dingin..memang la tak keluar peluh..macamana nak amalkan gaya hidup sihat ni???

banyak lagi la perkara yang boleh kita berubah kan..kalau dulu asyik suka membebel cari salah orang cuba tanya diri sendiri..sempurna sangatkah diri aku ni??layakkah aku nak menyalahkan orang lain dan melemparkan kesalahan ke atas bahu orang lain sedangkan diri sendiri pun masih tidak sempurna??masih terkapai-kapai mencari identiti sendiri....perlukah aku mengetawakan mereka yang kurang sempurna??dilahirkan dengan cacat,tidak cukup anggota,banyak jerawat dan macam-macam lagi..

cuba ambil cermin,tilik diri sendiri,adakah aku cukup sempurna??mungkin ada yang tahu mereka handsome,cantik,cun mengalahkan artis...ramai gadis-gadis atau jejaka-jejaka tergila-gilakan mereka,namun layakkah mereka mengutuk dan menghina orang lain?tahukah anda kecantikan itu akan pudar dan tidak akan kekal selamanya?mungkin hari ni anda cantik,30 tahun lagi??adakah masih kelihatan seperti anak dara yang dulunya digilai ramai??

bila-bila masa sahaja ALLAH boleh menarik kecantikan yang ada pada diri kita..mungkin pada saat ini juga kita akan menghembuskan nafas yang terakhir..siapa tau??atau  mungkin kita akan mengalami kemalangan yang menyebabkan habis muka kita turut rosak atau mungkin lebih teruk mengalami masalah gangguan mental,tidak dapat mengigat dan mengenal diri sendiri..sanggupkah anda???fikir-fikirkahlah..

bersama-samalah kita berubah ke arah kemaslahatan untuk menjamin masyarakat yang lebih cemerlang dunia dan akhirat..peringatan ini untuk rakan-rakan dan diri sendiri..selamat beramal,walllahua'lam...

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!