cerita ini mengisahkan bagaimana doktor muda ini menangani segala masalah yang berlaku dengan tenang dan sabar,meskipun beliau sendiri tidak sempat makan dan berehat kerana terlalu ramai pesakit,tugas sebagai hamba Allah iaitu solat 5 waktu tidak pernah diabaikan...beliau juga banyak menyelitkan kisah bagaimana seorang doktor boleh menasihati pesakit-pesakit untuk bersabar,bersolat meskipun sakit..tambahan pula,terdapat ruangan di mana beliau berkongsi info-info berdasarkan islam dan sains..
penulis bukan sahaja berkongsi ilmu tentang fiqh perubatan,bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan cinta..sebagai seorang yang menggemari novel,saya sering membaca kisah-kisah cinta romantis antara wanita dan lelaki begitu juga dalam novel ini...dr. muslih yang merupakan watak utama dalam novel ini langsung tidak mengenali siapakah wanita yang bakal menjadi isterinya..beliau begitu yakin dengan rundingan orang tengah yang mengatakan bahawa wanita bakal isterinya merupakan seorang yang kuat agama..baginya,memilih wanita atas dasar agama adalah paling penting kerana kecantikan akan pudar dan tidak kekal selama-lamanya..
walaupun beliau sering mendengar orang ramai mengatakan Qani'ah,bakal isterinya adalah bersaiz XL dan lebih tua daripadanya dia langsung tidak memandang semua itu..setelah persetujuan dibuat dari kedua-dua pihak dan beliau yakin dengan pilihan yang dibuat setelah beberapa kali solat istikharah,Dr. muslih bertunang dengan Qani'ah tanpa pernah melihat wajah wanita tersebut meskipun dalam islam membolehkan seorang lelaki melihat muka dan tangan wanita semasa sesi ta'ruf..
namun baginya, menjaga pandangan mata dalah lebih baik dan beliau ingin menanam sifat sayang pada isterinya selepas kahwin...semasa berbincang tentang perkahwinan,DR muslih hanya menghantar e-mail kepada Qani'ah tanpa langsung pernah mendengar suara meskipun melalui telefon...kali pertama beliau memandang isterinya adalah selepas ijab kabul,sungguh murninya cinta mereka dan cakap-cakap orang adalah salah..isterinya merupakan seorang yang rupawan dan hanya bersaiz M atau S sahaja.
ramai rakan-rakan dr.muslih menggelarkan dirinya orang kampung yang ketinggalan zaman kerana beliau tidak pernah melepak buang masa,tidak makan KFC atau MCD,tidak pakai jeans dan tidak pernah keluar dengan wanita meskipun untuk minum-minum..namun semua itu bukanlah halangan bagi dr.muslih kerana dia tahu apa yang dilakukannya adalah betul...dr.muslih bukan sahaja seorang hamba ALLAH dan doktor yang baik,malahan seorang anak,suami,rakan dan jiran yang sentiasa mengikut syariat dalam setiap tindak tanduknya..
saya begitu teruja untuk menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya suatu hari nanti...kisah-kisah hidupnya juga berjaya membuatkan saya makin tertarik dengan kerjaya sebagai seorang doktor kerana kita bukan hanya akan merawat pesakit,malah kita boleh menjadi seorang pakar motivasi dan pendakwah yang dekat dengan pesakit kerana biasanya pesakit akan mudah mendengar nasihat seorang doktor..semoga kisah dari novel ini dapat dijadikan panduan dan teladan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang..novel ini sememangnya amat sesuai bagi pembaca-pembaca terutamanya pelajar medik:D
sila like,picit je =D
5 kata-kata semangat:
meow~
comelnya cat! ak bace cerita yg isteri dia tulis. org kate lebih kurg tp dr belah wanita. cewah
sweeeeeeeeet
cite psl kisah hidup dia sndri ea?
mmber ade pena ckp tpi tak sre plak kalo ini buku nye.
nik-yeke??tp isteri die bkn dr kan??pensyarah..
ajie-xsure la plak klu ni btol2 kisah hidup dia..klau bkan pun msti ada jgak pengalaman hdup dia diseltkan dlam cerita ni
Post a Comment