Tuesday, December 28, 2010

Layakkah aku???buka hati,buka minda,muhasabah diri…


Kita seringkali berfikir tentang apa yang akan orang perkatakan tentang diri kita,kita seringkali bertanya pada diri sendiri..Layakkah kita???perkara inilah yang sering membelenggu diri kita sehingga membuatkan kita tidak boleh maju ke hadapan,masih berada di takuk yang lama..oleh itu,marilah kita menganjakkan paradigma pemikiran,buka hati,tepuk dada dan muhasabah diri…

Sebelum melakukan sesuatu perkara sememangnya kita perlu berfikir dulu akibatnya..ya,terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata,badan binasa…aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan…aku juga manusia yang sering melakukan kesalahan..namun aku sedar,aku ada tanggungjawab untuk menegur orang lain agar tidak terus tersesat…namun,layakkah aku????adakah aku layak untuk menegur???

Aku juga pernah melambatkan solat…layakkah aku menasihati orang supaya bersolat??
Aku juga pernah bercinta..layakkah aku menegur mereka yang membuat maksiat???

layakkah aku mennegur orang membuang masa sedangkan aku juga menghabiskan masa berjam2 depan internet??

Apakah yang akan mereka katakan padaku??diri sendiri pun tak betul,tak payah la kau nak mengajar orang lain ‘macam ketam mengajar anaknya berjalan betul’…padahal kau tu bukannya baik sangat,tak payah nak berlagak baik alim kucing lar..haa,ini memang penyakit besar yang berlaku dalam masyarakat kita…penyakit ini kalau dibiarkan kelama-lamaan akan bernanah,membusuk dan merosakkan seluruh masyarakat…

Kenapa ya??kerana masing-masing sudah takut untuk menegur orang lain kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menegur..kalau yang demikian,siapakah yang layak??adakah hanya alim ulama’,ustaz ustazah??aku yang hanya biasa-biasa ini tidak layak??adakah aku hanya perlu memejamkan mata bila melihat maksiat di hadapan mata??memekakkan telinga bila mendengar suara-suara lucah yang kedengaran??dan membutakan hati seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku??

Jikalau begitu,layakkah kita bergelar hamba??tahukah kamu bahawa setiap hamba itu diciptakan untuk nasihat-menasihati antara satu sama lain..setiap hamba wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan wajib menjauhi diri dari kemaksiatan..jikalau seorang hamba itu melihat sebarang kemungkaran,hendaklah mereka menggunakan kuasa,mencegah kemungkaran dengan kuasa/jawatan mereka namun jika tak mampu gunalah lisan/perkataan dan jika masih tak mampu,cegahlah dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman…

Aku juga duduk berfikir sejenak…layakkah aku menulis sebuah blog berbentuk ilmiah dan islamik sebegini..aku sedar yang aku masih lagi setahun jagung,tidak banyak makan garam dan masih belum masak dengan selok belok dunia luar..namun aku sedar,aku ada tanggungjawab…aku perlu menyebarkan apa yang aku tahu kepada orang lain..sebenarnya aku ada mengikuti halaqah,ceramah agama,aku juga sering mendengar ceramah di televisyen,usrah-usrah…namun aku tiada keyakinan mengadakan ceramah kerana kutahu kelemahan diriku..seperti kebanyakan orang lain,layakkah aku memberi kuliah???layakkah aku membingcangkan soal agama??padahal….perkara itu sering menggangu aku..

Namun berbekalkan minat aku dalam dunia blogging, aku Berjaya mewujudkan sebuah blog berunsurkan cinta islamik dan berbentuk ilmiah yang pastinya sangat kontra dengan diri aku..aku bukannya hipokrit,aku adalah aku..bagi yang membaca blog jaa’s story,itu adalah aku yang sebenar  dalam dunia realiti dan aku sememangnya cemburu melihat pasangan yang bercinta menurut islam yang sebenar..jadi terciptalah blog ini,sebuah blog mutiara hati,curahan dalaman diri aku sendiri..SKS:D




sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Thursday, November 25, 2010

kepercayaan dan keihklasan dapat mengekalkan perhubungan

dalam sesebuah perhubungan sudah pastinya kita mahukan yang terbaik tidak kiralah perhubungan dengan keluarga,rakan-rakan atau guru-guru..oleh itu sikap saling percaya dan tidak meragui antara satu sama lain amatlah dititikberatkan dalam setiap perhubungan..

apabila kita telah memberikan kepercayaan kepada pasangan kita,dalam masa yang sama kita tidak akan merasa tergugat dan mudah melatah apabila mendengar  berita desas desus dan khabar angin tentang pasangan kita...begitu juga dengan ibu bapa apabila mereka yakin bahawa anak mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak disukai mereka mereka hendaklah tidak mudah terburu-buru membuat keputusan..siasatlah dulu perkara tersebut dan apabila sudah mendapat kepastian barulah keputusan dibuat..selain itu,penjelasan daripada kedua-dua belah pihak amat penting dan di sini juga sikap jujur dan berterus-terang hendaklah diamalkan..

setiap pasangan sudah tentu mahukan yang terbaik dan akan kecewa jika perkara yang mereka harapkan itu hanyalah sia-sia..siapa yang tidak sedih seandainya kepercayaan yang kita letakkan itu diperkotak-katikkan dan dipermainkan begitu sahaja..sudah tentu hancur lebur hati dan hilanglah kepercayaan yang diletakkan kepada pasangan kita..oleh itu,amatlah penting bagi setiap pasangan untuk tidak berahsia dan berterus-terang..apa gunanya hendak disorokkan sesuatu benda kerana lambat laun setiap rahsia akan terbongkar kerana mulut manusia bukanlah seperti mulut tempayan yang mudah ditutup dan dibuka mengikut kehendak kita.

p/s:kepada pasangan diluar sana berilah kepercayaan kepada pasangan anda dan janganlah mempermainkan perasaan mereka(terutamanya lelaki)kerana wanita biasanya setia dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan mereka :D


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Friday, November 19, 2010

Allah tidak membenci kepada hambaNya yang bermaksiat. Namun Allah membenci kemaksiatan itu sendiri. Oleh karena itu sangatlah tidak bijaksana apabila kita membenci pelacur, kita membenci penjudi, pemabuk, dan penjahat. Terhadap pelakunya Allah tidak membenci.


Apapun yang harus dibenci adalah perbuatannya. Kita membenci pada zina, kita benci pada kemaksiatan, khamer, judi, dan lain sebagainya. 

Dengan demikian bererti orang - orang yang telah terlanjur berbuat maksiat atau dosa masih diberi harapan oleh Allah. Janji Allah ialah mengampuni dosa - dosa mereka selama mereka mau bertaubat dengan sungguh - sungguh. Ini berarti Allah Maha Rahman dan Rahim kepada semua hambaNya dengan tidak membeda - bedakannya. 

Maka bagi orang yang telah bermaksiat jangan berkecil hati. Meskipun bermaksiat itu termasuk menganiaya diri sendiri, namun Allah membuka pintu ampunan begitu lebar dan luas. 

Firman Allah ( QS. An - Nisa : 110 ) 

" Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang".
_________________
Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Sesama manusia
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha :)

sedar tak sedar dah tiba kita ke hari raya aidiladha..hari raya aidiladha adalah antara perayaan terbesar umat islam selain hari raya aidilfitri,1 syawal..hari raya mengingatkan kita tentang kisah pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya nabi ismail dalam menunaikan perintanh ALLAH s.w.t..

hari raya korban jatuh pada 10 zulhijjah dan biasanya disambut pada 10,11,12 dan 13 zulhijjah setiap tahun...tahun ni xsempat balik raya aidiladha ngan family kat terengganu...uwwwwaa =( balik rumah pakcik kat klang je,ptang ni pergi...xpela,kena la belajar sedikit berjauhan ngan keluarga kan...ni jugak first time xberaya ngan keluarga di terengganu...mungkin tahun depan beraya di india,insyaallah...kena la tabah menghadapi semua ini..nanti boleh raya lagi,pastu cuti semester satu bulan boleh jumpa family lagi..jaa kena kuat,jaa bukan anak manja..huhu~


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!