selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Allah tidak pernah tertutup :D
katakanlah wahai muhammad, "wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosan sesungguhnya Dialah jua yang maha pengampun lagi maha mengasihani" (az-zumar: 53)
ini merupakan e-mel pertama yang saya hantar kat awak. Tak tau la kenapa tapi fikiran saya sekarang ni sangat berbelah bahagi…apa yang awk istilahkan dengan ‘couple’..saya pun x faham..tapi sebenarnya saya nk ceritakan ape yang saya rasa pada hari ni..nak msj pun terlampau panjang mungkin..kalau saya nk call awak pun mmg susah sangat..x taw la ape yg awk sibuk sgt skrang.yep,mungkin kerja…..tapi xkanlah setiap hari kerja…mesti ade hari cuti…tapi,entahlah…..saya dah malas nak fikir….
mula2 saya kenal awk memang betul…sy xde perasaan kat awak…mungkin sebab awak lagi muda dari saya,dan saya sebelum ni xpernah terfikir pun nak mempunyai hbgan dengan lelaki yang lebih muda….. mungkin lelaki yang lebih matang perlu untuk seorang wanita…tapi perasaan saya kat awak lama2 berubah.. kita start couple….awak mungkin langsung x ingat tarikh ni…masa tu saya call awak sebab dapat brthday bonus….saya rasa birthday saya bila pun awk x ingat kan????????huh!!tapi sy masih ingat….masa tu memang saya terasa sangat sayang kat awak…mungkin sebab awak ni ‘caring’ san suka ambil berat…masa tu awak memang buat saya happy…
kalau awak nak tahu awk la first guy yang saya pernah date…itulah hakikatnya…sebelum ni saya langsung tak memandang serius pasal hubungan dengan lelaki lain…saje2 mesej macam tu je….tapi dengan awak lain…saya pun xtahu kenapa….kadang2 bila awak langsung x hubungi saya,mesej saya dalam masa sehari saya terasa amat kehilangan,bosan,dan macam2 perasan lagi…even sy pernah menangis kalu awk skitkan hati saya…orang cakap,bila dah jatuh cinta macam tu la….saya jatuh cinta dengan awak??????memang bodoh saya kan…kenapa saya jatuh cinta kat awak…sedangkan saya rasa awak xde pun perasaan kat saya….
Tapi lama kelamaan,hubungan kita macam sangat renggang….kadang2 dalam seminggu awak langsung tak hubungi saya….awak dah mula pandai nak marah2,naik angin tak tentu pasal….arh!!!!!tapi saya masih sabar dengan perangai awak…mungkin betul ape yang orang cakap…penangan cinta mengatasi segalanya….ah,persetankan itu semua….awak pun dah mula nak mintak duit dengan saya,cakap yang awak kene saman la…nk byr itu,ini…mntak kredit….saya x kisah itu semua…walhal,saya bukannya banyak duit…saya masih belajar…tggal kat sini mmg guna bnyk duit..nak beli buku,makan…..bukan nak mengungkit,tapi itulah kenyataanya…disebabkan sayang,ape pun saya sanggup…..
Tapi perangai awak semakin lama semakin berubah….mungkin itulah perangai awak yang sebenar,tapi saya je yang baru tahu…masa mesej dulu awak langsung tak menunjukkan prangai awak yg sebenar..tapi bila saya dah bnyak kali sabar dan ikut je karenah awak,awak makin menjadi2…makin naik kepala…suka2 hati awak je..kalau awk rase awk xde mood,suka2 hati awk je lyn sy camtu…..saya amat terasa hati bila awak langsung x balas kalau saya masej…tp alasan awak,xde kredit…fine!!!!!sy blh terima…tpi bila sy call pon awk xnk angkat dan lebih tragis bila awk ltak….yg tu mmg nampak sangat….huh,menunjukkan yang saya yg terhegeh2 cari awk…tp awk lgsung x hiraukn…owh….mesti awk gelak2 dan banga dpt buat mcm tu….
Tapi saya pun xtaw knapa,skejp je rasa mrah saya blh hilang….satu lg perkara yang sy nk cakap kat awk pasal perangai awk…dulu masa chat@mesej sy x rasa pun awk ni jnis mcm ni….tapi lame2 saya lyan gak perangai awk….walaupun saya mmg x suka….disebabkan syg kat awk jgak sy bg awk pegang sy….mula2 awak pegang tangan je,pastu senyum2 duduk dekat2…peluk bahu sikit2..aduh,bila saya mengelak awak bisikkan kata-kata cinta,romantic…awww..memang betul kata orang,bila lelaki dan pempuan yang mahram berdua-duaan,akan adalah pihak ketiga…mula2 ringan-ringan,saya xtaw la apa akan jadi kalau saya terus hanyut dengan cinta mainan awak
saya memang tak suka,tapi bila fikiran syaitan datang menghasut,saya dah lama xjumpa awak,saya sayang awak,saya rindu awak…u are mine,I’ll marry u and u will be my future husband…apa salahnya kan…huh!!!xpenah trfikir nk buat mksiat mcm tue…tp awak mkin menjadi2 pulak lps tu….awk mntak mcm2….sy memang xleh trima…perangai awk yang sebenar terserlah…menyesal sy dengan kejadian tue….saya xkan biarkan benda yg sama berulang2….masa berdua-duaan dengan awak,saya rasa happy sgt,saya rasa dunia ni saya punya,awak buat saya rasa bahagia,tapi bila balik saya rasa berdosa sangat,saya rasa saya bodoh biarkan semua tu berlaku..saya menyesal..hanya dengan muka awak,kata2 manis awak,saya hanyut…
Betul jugak kata awak yg kehidpan kita jauh berbeza….sy xckp pun yang psal masa dpn…bnda tu smua kte xleh ramalkn….tp psal khidupan seharian awk……kalau awk berani mntk ngan sy macam2,sy xheran kalau awk buat mcm tu dgn pempuan lain….sy xcakap sy ni baik sgt,saya pun bknlah smpurna… …tp ape yg sy nk ckp kt awk,sy bkanlah srng yg jenis awk senang2 nk buat ikut ape yang awk nk….saya masih ade prinsip hidup…saya bukan barang mainan,perempuan murahan yang awak boleh buat ikut suka hati awak..
Saya bukanlah sesiapa untk menilai org lain….sedangkan diri ini pun tk sempurna….Cuma sy nak nasihatkn awk ckuplah awk buat mksiat…walaupon awk ckap yg ringan2 je….tapi hukum ttap hukum....saya harap awak blh berubah….kalau awk betul2 cintakan srg pempuan tu,awk jganlah sentuh dia….cinta sejati lahir dari hati….bukan dengan layan nafsu awak yang entah ape2 tue….sy harap awk faham mksud saya…dan anggaplah nsihat ini dari seorang kawan /kakak yang syangkan masa depan awak…
Oklah….saya rasa tu jer yang saya nak tulis….saya dah luahkan ape yang saya rasa….saya nk minta maaf kalau sepanjang perknalan kita saya ade sakitkan hati awak….dan sekiranya e-mel ni mengundang rasa xpuas hati atau marah,sy pun nk minta maaf….honestly,saya gmbira knal ngan awk……thanx coz awk prnah wat sy rasa happy walaupun sekejap….mungkin kte mmg dah ditakdirkan untuk tdk bersama…..tapi sebetulnya sy nk bgitau yang awaklah cinta pertama sy dan sememangnya sukar utk melupakan cinta pertama….dulu mmg betul2 sy fkir sy serius dengan awk…..tp mcm yg sy cakap kita xde jdoh…..saya xboleh terima cara hidup awak,kita amat berbeza…macm yg awk ckap jgak,kita buat cara hdp masing2 dan berpisah…..mgkin itu yng terbaik….daripada sy memikirkan pasal hubungan kita sampaikan saya xdapt nk fokus belajar…..
Lepas ni awk xpyah la cari sy lagi….lastly,I’m happy to know u…….
Bye….assalamualaikum….
-luahan hati sebenar...(identiti dirahsiakan)
sila like,picit je =D
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...sudah sekian lama tak update dan berkongsi ilmu disini..kali ni nak bercakap pasal aurat, biasalah kita kaum wanita kadang-kadang terlupa dan tidak sedar sebenarnya kita tidak menutup aurat kita dengan sempurna...
antara perkara yang kita biasa tengok pada zaman kini ialah...
Bertudung tetapi berbaju berlengan pendek.
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan yang 'menggoda'.
Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah.
Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul dan hujung rambutnya.
Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher (berselepang), maka terdedahlah bahagian depannya dari ditutupi kain tudung.
Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh terlihat sanggul, leher dan dadanya.
Bertudung tetapi hanya memakai di tempat-tempat tertentu sahaja.
Bertudung tetapi apabila menaiki motor menampakkan betis di sepanjang perjalanan.
Bertudung dengan sempurna penutupannya tetapi memanja-manjakan suara ketika berinteraksi dengan lelaki.Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup rambut sahaja.
Adakah kita salah seorang yang tergolong dalam 9 list di atas??tepuk dada, muhasabah diri..
"Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim)"
Firman ALLAH bermaksud:
Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (An-Nur: 31)
sila klik gambar untuk paparan lebih jelas
Berdasarkan gambar-gambar di atas dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian besar dari wanita yang menutup aurat sebenarnya belum betul-betul menutup aurat dengan sempurna..ini untuk yang bertudunglah, yang tidak bertudung tu aptah lagi..semakin bertambah-tambahlah jawabnya...
mungkin ada sesetengah antara kita berasa kekok kerana mungkin dah terbiasa pakai tudung tapi berbaju lengan pendak..namun cubalah untuk menutup aurat kita sebaik mungkin..insyallah lama kelamaan pasti kita akan terbiasa dan dalam masa yang sama kita boleh menjadi suri teladan kepada rakan-rakan kita...mungkin rakan-rakan kita akan turut sama menutup aurat dengan sempurna..
siapa kata bertudung dan menutup aurat dengan sempurna tidak bergaya dan tidak cantik??itu semua hanyalah pemikiran kolot dan tidak matang, cuba kita lihat wanita yang bertutup aurat dengan sempurna sudah pasti akan terjaga maruahnya...kebanyakan wanita bertudung yang tetap bermasalah sosial itu adalah mereka yang masih tidak menutup auratnya dengan sempurna..
Antara artis yang boleh dijadikan contoh ialah heliza helmi, beliau memakai tudung yang labuh menutupi dada dan pakaianya pula sedap mata memandang, masih cantik dan bergaya bukan??
gambar: ihsan google
Tak susah kan nak menutup aurat dengan sempurna..di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cuba tetapkan dalam diri kita yang kita ingin menutup aurat dengan sempurna ingin berubah..insyallah semuanya akan jadi mudah...wallahua'alam, renung-renungkan dan selamat beramal
P/S: Dakwah adalah kewajipan, oleh itu apa kita kita sama-sama kongsi post dengan kawan-kawan sebagai peringatan semoga usaha kita yang kecil ini akan mendapat balasan...insyallah =D
kecemerlangan merupakan satu benda yang subjektif sama ada cemerlang dari segi akademik,sahsiah,agama dan sebagainya...
ya allah ya tuhanku...seandainya kegagalanku membawa fitnah kepada agama dan perjuanganku,maka cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara dan perbuatan yang aku lakukan...namun seandainya kecemerlangan membawa aku jauh dari islam maka engkaulah yang berhak menetukannya kerana aku mengimani apa yang engkau tentukan tiadalah sia-sia melainkah hikmah yang belum bersinar nilainya...
aku akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh namun aku tidak akan pernah mengeluh dan menyalahkan engkau jika aku gagal dan menerima semua ini sebagai ibtila' dan pasti akan ada sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang...sekiranya aku gagal pada hari ini tidak bermakna aku akan gagal buat selama-lamanya kerana hidup ini ibarat roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah...ingat-ingatlah...
sila like,picit je =D
setelah membaca beberapa entry berkaitan dengan kewujudan page pengumpul gambar awek bertudung di facebook, saya berasa terpanggil untuk menulis entry pendek berkaitan isu ini...saya telah melihat beberapa gambar dalam page tersebut di mana admin-admin telah mengambil gambar awek bertudung sesuka hati tanpa kebenaran tuannya dan diletakkan di situ..sila tengok basic info di bawah :-
cuba baca biografi tersebut...
"lu orang perempuan..jangan salahkan kami...sebab lu tayang gambar merata-rata..kami kumpul je"
kebanyakan gambar yang dikumpul adalah gambar perempuan bertudung yang tidak menutup aurat mereka dengan sempurna,bertudung tapi berlengan pendek,baju ketat dan tudung singkat...namun begitu ada juga gambar-gambar perempuan islam dengan gaya bibir seksi,gaya menggoda dan banyaklah...nauzubillah!!sudah pasti tuan punya gambar itu akan malu bila gambar mereka diambil dan ditayang-tayang dekat page tersebut..
buat apa korang nak kumpul gambar awek bertudung??sebab nak buka aib mereka??sebab korang boleh kutuk-kutuk tuan gambar dan ajak kawan-kawan korang untuk turut sama bergelak ketawa dan komen-komen gambar tersebut??cakap nak nasihat, tapi komen-komen yang ditulis sungguh memalukan dan mengaibkan..
sebagai perempuan bertudung, saya sangat malu bila ada pihak yang memang sengaja nak mengaibkan dan mempersendakan wanita bertudung..kalau cik abang rasa nak tegur, apa kata pergi e-mel dia atau bagi mesej dan nasihat secara baik,slow talk...kalau dia tak berubah teruskan lagi sehinggalah pintu hatinya terbuka untuk berubah...ini bukan nak nasihat, tapi memalukan saudara se-islam sendiri...
cuba muhasabah diri sendiri dulu..sempurnakah diri aku??kalau rasa masih belum cukup sempurna apa kata kita sempurnakan diri sendiri dahulu...ini hanyalah pandangan dan pendapat saya sendiri sebagai kaum hawa yang lemah dan selalu teraniaya (sila baca kisah ini), saya juga belum cukup sempurna dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat sebaiknya....sebagai lelaki sejati,janganlah anda merendahkan martabat kaum wanita
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dkt dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi
p/s: rakan-rakanku perempuanku,jagalah auratmu dengan tidak upload gambar-gambar yang boleh mengundang fitnah dan yang tidak bertutup sempurna..pesanan kepada diri sendiri jugak..seindah hiasan adalah wanita solehah..insyallah ^^
sila sebarkan kepada rakan-rakan dengan hanya menekan butang like,thanks a lot!!
perkara ini seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita...bercakap tentang orang sampai lupa dunia padahal diri sendiri pun buat perkara yang sama...seandainya rakan kita tengah bersedih, janganlah pula kita bergelak ketawa...cuba bayangkan anda yang berada di tempat mereka..apakah yang anda akan rasa...
jadi cubalah cermin diri, muhasabah diri dan beristiqamah...mungkin kita bukan yang terbaik namun cubalah jadi yang terbaik...berbuat baiklah dengan orang maka orang akan berbuat baik pada kita...asyik bercakap pasal orang padahal lupa diri sendiri pun buat benda yang sama, malahan lebih teruk dari itu..
pengajaran pada diri sendiri ^^
sila like,picit je =D
apik ni student ump dan suka cerita pasal kehidupan seharian dia,simple tapi menarik..suka baca cerita dalam blog bakpo gitu ni terutama dengan gambar orang lidi yang dilukisnya...sungguh kreatif..blog hitam kuning ni cantik,kemas dan tersusun...memang patut popular=D
blog tok esah ni bakal tukar kepada hosting sendiri..tok esah banyak tulis pasal isu-isu semasa dan yang paling best bila baca cerita tok esah...serius, tok esah pandai mengarang cerita yang boleh bawak orang masuk dalam dunia ceritanya terutama bila dia cerita pasal neneknya yakni bernama tok esah..
blog ardini ni pun suka jugak dan menjadi blog pilihan sebab kak dini banyak tulis pasal isu semasa yang berlaku..kadang-kadang tak baca paper tapi dapat tahu dulu dari blog ni..bagus-bagus,umpama blog berita dah dan banyak juga pasal kehidupan sehariannya dan juga gosip artis..hehe
blog ini turut menjadi pilihan sebab isinya penuh bermanfaat..kadang-kadang entrynya pendek sahaja namun banyak maksud mendalam yang boleh membawa kita muhasabah diri sendiri..nizam juga banyak tulis pasal motivasi dan islamic thinking..bagus kan sebab tu dia jadi editor Iluv islam...=D
blog ni banyak kisah pasal kehidupan sehariannya namun ada juga isu-isu semasa yang dikupas dan diceritakan...tuan blog ini suka bergambar dan suka bagi pendapat berdasarkan apa yang dia betul-betul rasa dan fikir namun sensitiviti perlulah dijaga...menulis dan menjadi diri sendiri,tidak hipokrit pertama yang penting dalam penulisan blog, bukanlah dibuat-buat ..sesuai dengan tagline 'just be yourself' tak payah nak tiru orang itu orang ini..jadilah diri sendiri^^
bagi saya populariti sesebuah blog penting kerana apa gunanya kita tulis cerita yang best, isi menarik penuh manfaat dan cerita yang boleh memberi nasihat dan pengajaran namun tiada sesiapa membacanya..sayang kan??namun begitu janganlah harapkan popular sahaja, content cerita dan gaya penulisan mestilah sebaris dengan populariti...
jom jenguk dan popularkan kelima-lima blog ini!!!yeay!!
sila like,picit je =D
this is an entry from my friend dan aku nak reblog :)
kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab perguruan,IPGM anda bolehlah membuat semakan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan..pastikan anda sentiasa update dan jangan terlepas pandang!!
tahniah kepada yang telah berjaya mengisi borang dan kini hanya perlu menyemak sama ada anda berjaya atau tidak ke temuduga dan juga memeriksa keputusan temuduga..
untuk memeriksa,sila ke blog rakan saya(tekan link di bawah)..semoga berjaya!!
aku duduk termenung seketika...jodoh,pertemuan ajal dan maut semuanya di tangan tuhan,tiada siapa yang mampu menghalang..kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang namun hanya Allah yang mamou menentukan segala-galanya...
bila kita akan mati,dijemput ilahi dan meninggalkan dunia ini tiada siapa yang tahu,mungkin esok,hari ini tau sebentar lagi??sebarang kemungkinan boleh berlaku..harta pangkat bukan lagi sandaran namun segala amalan kita di dunia akan menjadi kayu ukur kedudukan di sana..ohh,cubalah bermuhasabah diri,lihat balik segala amalan kita sebelum ini...
Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
sudah lama rasanya tidak menulis entry di sini ...bukan mahu menganaktirikan,namun kesibukan musim peperiksaan melanda dan tadi baru sahaja habis trial exam =D
ini adalah kisah sebenar seorang gadis yang dirahsiakan namanya..kisah sebenar,namun telah beberapa fakta diedit sedikit untuk kemaslahatan bersama...jom baca untuk panduan kita semua...bila saya baca ni pun hati berasa sebak~
********************************************
okey, kite start dari hari pertama aku mula kapel ngan someone.mula je aku kapel bermulalah detik-detik aku dengan dosa. dosa pada Allah itu dah tentulah. lepas tu tambah pulak dosa ngan mak ayah. Ya Allah, xde aku kat dunia ni lagi bagos kot dari nyusahkan mak ayah. nak xnak mak abah kenalah terima saya sebagai anak. sehari demi sehari saya makin asyik dengan cinta mak, saya sanggup pentingkan perasaan dia dari mak. mak banyak terasa hati tapi mak diam je. mak x nangis sebab tabah.
tapi jauh dari sudut hati saya tahu mak sedih. sya mintak maaf mak. saya pernah cite story ni kat kawan saya. saya x sangka tibe-tibe saya nangis. dan xleh tahan kawan yang mendengar pun turut menangis. dia cakap dia cepat tersentuh. tapi kalau korang dengar cite ni nak yer korang bunuh aku hidup2. camni cite nyer.
aku datang untuk daftar kat salah sebuah universiti di tanah awal 2 hari. kami tidur umah pakcik dulu. esoknyer mak cakap nak p melaka. aku seronok lah sebab nanti aku leh jumpa si dia. mak janji nak pegi kolej dia. aku bersemangat giler2 sebab aku ade belikan dia beg. aku nak kasi kat dia la. ok fine, kami pegi melaka. perjalanan nak p melaka jauh gak coz kitorang banyak sesat.
kami pusing-pusing area melaka tu cari kolej dia. dah pusing-pusing still x jumpa. pastu mak cakap, suhla dia datang bandar,jumpa kat sana. tengok, mak dah cuba yang terbaik untuk aku jumpa si dia tapi aku x sedar pun. aku cakap lah ngan dia suh p bandar jumpe kat sane je senang. dia lak cakap x dapatlah sebab ade kelas xleh kuar suka-suka hati. ok fine. aku pun cakap kat mak n then aku paksa abah cari jugak sampai dapat.
aku tahu abah dah marah time tu sebab abah memang xtau kat mane kolej dia. tapi abah x marah pun aku, abah tahan je. abah nak jaga hati aku. adik aku pun ade jugak sekolah kat melaka. adik aku ni merangkap anak kesayangan mak aku. mak pun cakap ngan abah pi sekolah adik dulu lepas tu kita cuba lagi carik kolej dia. ok fine, aku dah start bengang ngan mak. dia nak jugak jumpa anak kesayangan dia.
ya Allah, bodoh betul aku time tu kan.memang mak ade hak kot nak jumpa anak dia kalo nak compared p jumpa pakwe aku tu,opps ex pakwe aku. abah bawak kete pegi skolah adik jumpa pulak. ish, memang lagi aku x puas hati. sampai je depan pagar skolah adik, aku acting cam laki mati dah. sepatah perkataan x kluar dari mulut aku. pandang adik pun tidak. aku sangat memberontak. marah. adik aku paham kot. dia pun cam buat2 tegur tapi still xde jawapan dari aku. aku bodoh. ya sangat bodoh. lepas je jumpa adik kami nak bertolak balik sebab dah lewat.
esok nak kena daftar aku lagi. aish lagi la aku makin bengkak tahan marah. tadi cakap nak bawak aku jumpa dia last2 tukar plan balik KL. memang aku berasap abes. sejak balik je dari jumpa adik aku dah diam muak masam x layan sape2. masa tu wajah mak dah berubah tahan marah. tapi mak sabar lagi. mak x cakap apa2 pun. mak diam je. mak cuba lagi tegur aku tapi aku? haram. aku palingkan muka dari mak. bukan mak je. sume orang aku palingkan muka.
esoknyer tibe lah daftar masuk. aku still macam semalam. satu patah perkataan x kluar dari mulut aku. kalo aku jawab pun nada marah2. aku bodoh. mak sabar lagi. mak ade asthma. mak xleh naik tangga tinggi2. tapi aku dapat bilik level 3. mak cuba naik pelan2. sampai satu level mak stop. lepas tu mak sambung lagi. ya Allah, mulianya hati seorang ibu. sampai je kat bilik aku masih macam semalam. mak masuk bilik,bukak loker,cari katil yang terbaik untuk aku. tapi aku masih macam semalam.
mak duduk lipatkan baju,masukkan dalam loker,pasangkan cadar.sume package lengkap aku xyah buat apa2. mak menyapu bilik. aku? aku masih macam semalam. egonya aku. sombongnya aku. penting diri sendiri. sayang insan yang bukan halal bagiku. mak tanye nak apa2 tak. aku x jawab. aku diam masamkan muka tanda x puas hati. mak pun bawak aku pegi jaya one. tu first time pegi sane. nak carik cold storage tapi kami x jumpa. mak penta jalan banyak. jumpa 7eleven je. kami beli kat situ walaupun kite sume tahu harga kat 7e tu mahal.
sudah beli mak hantar balik masuk u. aku masih yang sama. sampailah mak cakap mak dah nak balik. aku bodoh diam lagi. mak dah nangis time tu. ni first time kami duk jauh2. memang dulu duk asrama tapi still dalam negeri. sekarang lain. sangat jauh. mak risau. mak cakap jage diri elok-elok jangan sedih. nanti2lah kita jumpa dia(ex pakwe). aku diam. aku p hantar mak sampai kat pak gad. time tu nak salam untuk last.
masa tu jugak aku baru nangis. aku nangis mintak maaf ngan mak ape yang aku buat. mak lagi kuat nangis. mak cakap bukan mak xnak carik kolej tu. dah cuba tapi x jumpa nak buat camna. abah pun x kenal jalan sangat. janganlah buat macam ni. aku xtau nak cakap apa. yang aku tau aku tersangat sangat sangat teruk. aku hiraukan perasaan seorang ibu hanya kerana seorang laki yang jahanam..sorry to say. itu kenyataan. ni baru satu. banyak lagi aku wat salah ngan mak. mak tabah. mak sabar je.
kompem lepas korang bace korang sangatlah menyampah ngan aku.hanya sebab laki aku jadi macam ni. aku sangat sayangkan dia melebihi segalanya. aku lupa segalanya. dunia aku hanya dia. lepas clash aku baru nampak dunia. baru nampak keluarga. baru nampak kawan2. korang kutuklah aku. aku terima. aku sangat kejam. mak, anak mak mintak maaf. anak mak x pandai nak hargai mak. anak mak sayang mak hanya pada mulut. anak mak x patut dilayan sebaik setelah apa yang anak buat pada mak. anak mak anak derhaka. mak, maafkan anak mak. anak mak nak berubah. mak sangat mulia. anak mak nak hargai mak. mak. anak mak nak sayang mak bukan pada mulut je......
********************************
sejujurnya saya sangat sebak dan menangis membaca pengakuan kawan saya yang sorang ni...sesungguhnya ibu bapa adalah yang terbaik,carilah cinta sejati,yang direstui dan yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada yang esa..bukanlah memecahbelahkan keluarga sehingga bermusuh-musuhan...sayangilah ibu anda selagi hayat mereka masih ada... seandainya anda mungkin salah seorang dari kategori ini...cepat-cepatlah bertaubat...
ingat bahawa syurga itu ditelapak kaki ibu...janganlah kita melukakan hati si ibu kerana tanpa ibu kita mungkin tiada di dunia...tanpa ibu yang membesarkan dan mendidik kita,mungkin kita sekarang tidak berada di tahap ini...seandainya si ibu membiarkan/membuang kita seperti fenomena buang bayi,kita mungkin tidak mengenali siapakah ibu kandung kita..mungkin juga kita sekarang cacat disebabkan ketidaksempurnaan penjagaan sewaktu kecil atau kita sedang berada dalam golongan anak-anak yatim...
jadi bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ilahi terhadap kita...sememangnya hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati kita...minta maaf pada ibu jika terkasar bahasa...bayangkanlah jika kita tidak sempat minta maaf dan ibu pergi dahulu...sayangilah ibu kita sementara hayat mereka masih ada =D
P/S: tahniah dan terima kasih kepada yang membaca sampai habis...cerita ni adalah dari kawan saya dan saya ingin berkongsi dengan anda agar dapat dijadikan panduan dalam hidup (^_^)
nak kongsi dengan korang semua,minggu depan saya ada exam yang agak besar,trial exam a-level..full sets of paper macam final jugak..fuuhhh!!!
nampak tak??heeeeeee,cuak neh..sepanjang tarikh tersebut saya mungkin tak update blog,bersawang la kejap..huhuhuhuhu,kawan-kawan doakan saya okeyy (^__^) saya nak 'share' beberapa doa untuk tatapan semua~
baca doa ni dulu sebelum ulangkaji pelajaran =D
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
doa mohon kejayaan cemerlang =D
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
semoga saya dapat menjawab soalan dengan baik,tidak cuai,kelam kabut dan menjawab soalan mengikut kehendak,bukan main hentam kromo sahaja :)
doakan kejayaan saya ye kawan-kawan...
sayang anda ketat-ketat,much luve!!
minta maaf kalau selama saya menulis,berbicara tau apa-apa perbuatan saya ada menyakitkan hati anda...saya minta maaf banyak-banyak..saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..bak kata saya i'm perfectly imperfect (~.~)
pagi tadi test math...damn!!!simple facts pun lupa dan soalan itu berangkai..jika tak dapat jawab a,maka b dan seterusnya pun tidakk..alamak!!mati saya!!!maafkanlah aku andainya aku terlalai dan terleka,kekadang aku sebagai manusia ini sering lalai,ada test tapi tak study..memang tak dapat score..ok itu pengajaran hari ni
;((
aku join sahabat blogger semalam,baca sinidan bila balik,penat..langsung tak sentuh buku..esoknya pergi kelas jawab je dengan langsung tak study n revise..pelajar apakah ini??teruk betull!!ok dah insaf :( tak dapat aktiv lagi dekat sahabat blogger mulai hari ni,begitu juga dengan blog,tak dapat nak update tetiap hari..mungkin aku akan rindu,tapi aku kena sabar..lepas exam boleh aktiv balik...huhuhu~
buat kerja,latihan dan ulangkaji...pastikan trial ni dapat score,smua A..
"INSYAALLAH"(dlm hati...alamak...alamak..)
mak mintak maaf, lepas ni dah tak lagha lagi..nak belajar..ok dah,bio report tengah menunggu untuk ditaip,tutorial chem tunggu untuk dibaca,latihan bio siap untuk dijawab dan kalkulator dah sedia untuk ditekan..kembali ke meja balajar sekarang,itulah lumrah sebagai pelajar~adios......
p/s:trial exam a-level minggu depan....harap maklum!!!doakan sahabatmu ini
hari ni 14 februari,kalau ikut masyarakat barat ialah hari kekasih..hari untuk mereka bermesra-mesra dengan kekasih bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan,mulalah bilik-bilik hotel dipenuhi pasangan yang tiada sebarang hubungan sah,kondom dilempar merata-rata..namun kejadian sebegini turut berlaku di malaysia dan umat islam juga turut ada yang terjebak sama..wallahua'alam...
cuba duduk sejenak dan muhasabah diri sendiri ,hari ini merupakan hari maulidur rasul..hari kelahiran nabi muhammad s.a.w...tadi bila sahaja mendegar ceramah sempena maulidur rasul,hati kecilku ini sangat tersentuh dengan kata-kata ustaz...meskipun ada unsur-unsur lawak untuk menceriakan keadaan namun pengisiannya amat menyentuh hatiku yang merupakan seorang yang berjiwa agak sensitif..
mendengar kisah nabi yang begitu menyentuh perasaan tatkala baginda ingin menghembuskan nafas terakhir membuatkan diriku berfikir sejenak...layakkah aku bergelar umatnya??kadangkala sedang berseronok bergembira lupa bahawa baginda merupakan orang yang sepatutnya paling disayangi, pemergiannya sepatutnya dikenang...seolah-olah orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan dunia ini..
begitu juga dengan kisah nabi yang begitu komitmen dan bertanggungjawab di penghujung usianya...sanggup merangkak semata-mata untuk ke masjid walaupun baginda sedang sakit tenat akibat racun..terasa diri ini begitu kerdil dan lemah kalau hendak dibandingkan dengan baginda..subhanallah...begitu juga dengan umat islam yang begitu kuat mempertahankan agama walaupun dicerca,dihina serta disiksa...
insyallah,istiqamah dalam kehidupan dan muhasabah diri sendiri..pasti jawapannya akan ditemui =D semoga aku akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat keredhaan-Nya..
sedikit perkongsian dari insan yang lemah (^__^)
sila like,picit je =D