Wednesday, November 10, 2010

persiapan ilmu pengetahuan sebelum kahwin


Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting kerana Ia mungkin membawa padah. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting bagi setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana mereka akan mendidik anak-anak untuk menjadi insah yang cemerlang dari aspek rohani dan jasmani.
Sebelum meneruskan perancangan untuk mendirikan rumahtangga, setiap bakal pengantin lelaki dan wanita hendaklah melengkapkan dan mengukuhkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan ilmu seperti fardu ain, fardu kifayah, ilmu berkaitan rumahtangga dan ilmu berkaitan pergaulan sosial dengan masyarakat atau keluarga.

Az Zumar (39) ayat 9 yang membandingkan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu: …Katakanlah: Samakah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu? Hanya orang-orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”

Di dalam surah yang lain iaitu surah Al Mujaadilah (58) ayat 11: “…….Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang berilmu…..
Hal  ini memberikan implikasi bahwa agama dan ilmu mempunyai fungsi yang berkait secara lengkap.  Albert Eisnstein  membuat  kesimpulan: Science without religion is lame, religion without science is blind. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh (seharusnya lebih tepat dikatakan buta), agama tanpa ilmu adalah buta (lebih tepat dikatakan lumpuh).


agama Islam juga menekankan bahawa jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat itu adalah ilmu. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa menginginkan kebahagiaan dunia maka ia harus mencapainya dengan ilmu; barangsiapa menginginkan kebahagiaan akhirat maka ia harus mncapainya dengan ilmu, dan barangsiapa menginginkan kebahagiaan kedua-duanya maka ia harus mencapainya dengan ilmu.” (Hadits riwayat Thabarani)

Ilmu pengetahuan asas tentang fardu ain dan fardu kifayah  seperti solat, belajar,puasa, zakat dan  menghormati orang tua dan banyak lagi hendaklah diterapkan dalam diri setiap bakal pengantin. Selain itu, asas kepercayaan dalam islam seperti kepercayaan penuh dan ikhlas terhadap keesaan Allah, wahyu Allah, rasul-rasul, kitab serta hari kiamat perlulah difahami dengan betul agar tidak berlaku kecelaruan dalam hidup apabila mereka telah berumahtangga kelak.

Selain itu, ilmu-ilmu berkaitan sosial dan etika tidak bolehlah dipandang enteng. Mereka bukan sahaja bakal melayari bahtera rumahtangga bersama insan tercinta, bahkan kelak mereka akan mempunyai cahaya mata yang akan menyinari kehidupan mereka suatu hari nanti. Soal hukum-hakam agama islam terutamanya dalam pengetahuan berkaitan alam rumahtangga perlulah dititikberatkan dengan menghadiri kursus kahwin, mendapat nasihat dari dari orang yang lebih pakar, ceramah-ceramah motivasi dan segala program yang berkaitan bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan.

Hal ini akan membolehkan setiap pasangan membentuk keluarga bahagia dan mengelakkan segala masalah daripada berlaku seperti penceraian dan salah faham antara suami isteri. Sekiranya suami dan isteri masing-masing faham kedudukan mereka dan perkara-perkara yang patut mereka lakukan demi menjaga keharmonian rumah tangga, sudah tentu kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan berumahtangga.

Suami sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak dan isteri serta menegur segala kesalahan yang dilakukan mereka termasuk dalam pendidikan agama dan sosial.

sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

0 kata-kata semangat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!