Thursday, October 21, 2010

persiapan emosi dengan keluarga selepas kahwin


Apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga,mereka bukan sahaja berkahwin dengan pasangan mereka,bahkan mereka hendaklah menganggap dan  melayan seluruh ahli keluarga pasangan mereka seperti keluarga mereka sendiri. Oleh sebab itu Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. 


Pastikan kedua orang tua dan keluarga bersetuju dengan pemilihan pasangan tersebut agar kehidupan dapat diteruskan dengan baik dan tiada permusuhan atau persengketaan antara pasangan dan keluarga. Hal ini merupakan salah satu hikmah mengapa islam mewajibkan wali bagi wanita yang ingin mendirikan rumahtangga agar kehidupan mereka menjadi lebih bahagia  atas restu seluruh kaum keluarga.

Setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam memilih pasangan hidup kerana pasangan hidup merupakan teman sepanjang hayat sebagaimana yang kita tahu pasangan juga akan menentukan gaya hidup di masa akan datang. zuriat yang dilahirkan sudah pastinya sedikit sebanyak akan mengikut tabit dan kehidupan pasangan tersebut. Oleh itu,sesi ta’ruf merupakan perkara yang penting dalam menentukan pasangan hidup.

             sesi ta'ruf hendaklah dilakukan bagi membolehkan pihak keluarga mengenali bakal ahli keluarga mereka yang baru.  Sesi ini adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.

 Sikap sesetengah ibu mertua yang kadang-kala tidak disenangi, katanya, tidak boleh      dijadikan alasan untuk tidak cuba berbaik-baik dengan mereka. bukan semua ibu mertua bersikap dingin, tetapi ada ketikanya menantu sendiri yang tidak tahu tatacara tertentu untuk menjaga hati ibu mertua mereka. Dengan beberapa temuramah yang dilakukan,terdapat bebrapa pendapat daripada orang ramai berkaitan masalah mentua,menantu dan ahli keluarga.
           “ Mesti ada sebab mengapa ada setengah ibu mertua bersikap dingin terhadap anak menantu. Mungkin kita bukan calon pilihan atau pun dia tak berkenan dengan perangai kita.Jadi kita sendiri kena ambil inisiatif untuk cuba memenangi hati mereka, tidak kiralah ibu atau bapa mertua. Kalau boleh, cuba lakukan apa yang dia suka dan mungkin lama-kelamaan kita boleh diterima”

 Setiap bakal pasangan yang ingin berkahwin hendaklah maklum dengan situasi sebegini kerana kita sememangnya tidak boleh menjangkakan apakah penerimaan keluarga bakal pasangan terhadap diri kita termasuk ibu bapa,adik-beradik,saudara-mara malah jiran tetangga. Sikap bertolak ansur dan banyakkan bersabar juga perlu dalam melayari kehidupan  berumahtangga.

Tambahan pula, pasangan yang tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada keluarga mentua hendaklah tidak mudah melatah dengan situasi tersebut sehingga hubungan suami isteri terjejas sehingga boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Perkara ini perlulah dibincang dengan berhemah dan lambat laun keluarga pasangan sudah tentu akan dapat menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Setiap pasangan hendaklah membiasakan diri bila berada dalam kelompok keluarga pasangan agar tidak merasa kekok dan janggal untuk melakukan sesuatu seperti makan,mengemas rumah,membasuh dan sebagainya.


sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

0 kata-kata semangat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!