Tuesday, February 15, 2011

selamat menyambut maulidur rasul -happy birthday-

hari ni 14 februari,kalau ikut masyarakat barat ialah hari kekasih..hari untuk mereka bermesra-mesra dengan kekasih bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira batasan,mulalah bilik-bilik hotel dipenuhi pasangan yang tiada sebarang hubungan sah,kondom dilempar merata-rata..namun kejadian sebegini turut berlaku di malaysia dan umat islam juga turut ada yang terjebak sama..wallahua'alam...

cuba duduk sejenak dan muhasabah diri sendiri ,hari ini merupakan hari maulidur rasul..hari kelahiran nabi muhammad s.a.w...tadi bila sahaja mendegar ceramah sempena maulidur rasul,hati kecilku ini sangat tersentuh dengan kata-kata ustaz...meskipun ada unsur-unsur lawak untuk menceriakan keadaan namun pengisiannya amat menyentuh hatiku yang merupakan seorang yang berjiwa agak sensitif..


mendengar kisah nabi yang begitu menyentuh perasaan tatkala baginda ingin menghembuskan nafas terakhir membuatkan diriku berfikir sejenak...layakkah aku bergelar umatnya??kadangkala sedang berseronok bergembira lupa bahawa baginda merupakan orang yang sepatutnya paling disayangi, pemergiannya sepatutnya dikenang...seolah-olah orang yang kita paling sayang pergi meninggalkan dunia ini..

begitu juga dengan kisah nabi  yang begitu komitmen dan bertanggungjawab di penghujung usianya...sanggup merangkak semata-mata untuk ke masjid walaupun baginda sedang sakit tenat akibat racun..terasa diri ini begitu kerdil dan lemah kalau hendak dibandingkan dengan baginda..subhanallah...begitu juga dengan umat islam yang begitu kuat mempertahankan agama walaupun dicerca,dihina serta disiksa...

insyallah,istiqamah dalam kehidupan dan muhasabah diri sendiri..pasti jawapannya akan ditemui =D semoga aku akan mati dalam keadaan beriman dan mendapat keredhaan-Nya..

sedikit perkongsian dari insan yang lemah (^__^)
sila like,picit je =D
www.tips-fb.com

6 kata-kata semangat:

ezzat said... [Reply]

good entry.. nie lah hari kekasih yg sebenar.. kasih kepada rasul :)

jaa64 said... [Reply]

betul tu kan...kasih kepada Allah dan rasul :)thanks~

eik`S noName said... [Reply]

nice post...mmg kite patot muhasabah diri....tp tu lah..arus permodenan la konon...maju lah sangat...agama tunggang langgang...

kn3...same2 lah kita muhasabah diri

jaa64 said... [Reply]

@noname-kan3..setuju ngan awak :)
muhasabah diri :)btw,thanks~

P0polita said... [Reply]

entry yg bagus.. jom kite berselawat.. bkn time maulidur rasul je kena selawat.. kalau boleh setiap hari.. btul x?=D

Jom Kira BMI

jaa64 said... [Reply]

@popolita
thanks..betul tu!!really agree!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best!!